Tuesday, January 11, 2011

Eh, Carik Hobi Baru La Wei

Segmen membebel lagi.

Takde lagi rasanya bila cik menyampah dengan seseorang sampai bila bercakap muka dia pun langsung malas nak tengok. Kadang kadang buat senyap tak jawab soklan. Ini lah akibatnya bila sakit hati simpan lama lama. Sampai benda benda kecik pun hati rasa nak sentap.

Kau nak komen pasal lemak aku. Yes.. komen la.. tapi guna ayat tak sentap jiwa boleh tak. what u aspect bila kau tanya soalan dan kau bagi jawapan sendiri sedangkan jawapan kau tu memberi perseption salah untuk soalan yang kau utarakan. ni spesis dia tanya dia jawab. then kau nak dengar jugak ke jawapan aku kann. Dah lah kau tanya tengah orang ramai dan orang lain pun tunggu jawapan aku. WT.. 'ok, lemak aku lembik lembik. so?'

Kau nak komen pasal blog. Yes.. cik yang menjuruskan diri kau kat dunia blog nie. Sebab aku nak tunjukkan kat kau yang dunia sebenar kau tak berapa nak hebat dan kesian tengok kau berbangga sangat dengan apa yang kau ada. cuba selami sikit dunia orang lain yang lagi super duper gempak. Bila dah bagi blog tu, takyah le cite balik kat aku yang orang itu tulis apa hari ni. Tak perlu yea tak perlu. sebab aku pun baca blog dia jugak. Nyesal tak bagi blog Tun Mahathir sekali.

Kau nak komen pasal perihal orang. Yes.. boleh. tapi setakat ni telinga aku kurang mendengar komen komen yang baik. semuanya komen negative. Apa, nak aku cop kau negative thinker ke?

Kau nak lawak lawak lucah ngan aku. Yes.. boleh. sebab kadang kadang aku melucah jugak ngan kawan kawan rapat aku. Bila aku wat lawak diorang gelak. Tapi bila mulut kau yang ucapkan lawak lawak lucah tu. Erk! semua terkedu wokeh.. tak lawak langsung. Mengemang setiap bulu ada kat badan nie. Ok cukup. Jangan melawak lucah lagi. Tak sesuai dengan personaliti kau.

Kau nak amik berat pasal aku. Yes.. terima kasih banyak. Sangat hargai apa yang kau buat tu. Lepas ambil berat tu jangan membebel kat aku pulak. Contoh, ' pi mana?'..seperti biasa dia jawab sendiri..' keluar ngan amin, ke alif, ke azim, ke adam.' Eh? habis keluar semua nama kawan kawan aku. nama kawan perempuan mana? kau jeles ke aku bersosial ngan kawan kawan aku. Dia tambah lagi 'Asyik keluar tak penat ke?'. Ouh, kau tensi ea aku tak bawak kau sekali.

Get your own life la. kalau boring tu carik hobi baru yang meningkatkan sosio kehidupan. Bukan komen sana sini tapi buat tak pandai. Antara dua je kau sentap hati orang. samada kau jeles atau kau rasa kau betul dan hebat dari setiap segi.

~ cik kalau dah sentap beginilah karangannya. nice tak! sekali karang je :p

bye

1 comment:

Mimy Hamid said...

nice...heheh..sapa mulut longkang tu...