Wednesday, January 12, 2011

Ada Orang Hafal Nama Penuh Cik.... Hahahaha

Lunch tadi makan kat foodcourt UO (bukan OU 1Utama tu).. Uda Ocean kat Petaling Street je ni ha...

Dalam lif cik berdua dengan kawan dan 2 orang lagi stranger. Pastu ada abang pos (posmen macam sedih pulak bunyinya) berlari anak mendapatkan lif. Cik tahan butang bagi dia masuk. Beserta senyuman cik hulurkan kat dia.

Pastu tiba tiba dia cakap

'ada pos express kat box' - abang pos
cik diam, kat sape le dia cakap kann
'nama Z******H kann' - abang pos
'yea saya' - cik terkedu
'ada pos express tuk awak kat box ofis' - abang pos beserta senyuman (hensem)
'ooo ok' - cik

Sepanjang dalam lif, ekor mata cik dapat rasakan dia perhati jeling jeling..
Haih.. terpikat kat cik kaa...?

Keluar dari lif kawan cik tegur,

'Ya Allah, punya jauh sebatu ofis ngan UO boleh dia hafal nama ko'- kawan cik
'Hahaha' - cik

Dan abang pos tu ada kat belakang kami..

Terkujat jap.

Itulah kelebihannya jawatan tak seberapa dan merangkap receptionist ofis ni.
Kat luar orang masih mengenali muka cik yang comel ini? :P
Nak ikutkan jarang parcel atas nama cik. Selalu amekkan hak orang lain je.

Nama ku kau sebut selalu rupanya.. :))
Nasib dia tak sebut nama bapak sekali.
kalau tak mau pengsan kat situ ingat nak usha cik.
Cik kan glamer...

Muahaha, perasaan perasan

~ Nak bukak surat cinta dari along jap.. haih, zaman canggih pun nak bersurat surat..


3 comments:

ain gojes said...

ada bunnga2 cinta la tu...hehehe

Mimy Hamid said...

aku pun hafal nama ko heheh..Z___H

azy said...

ala....terlepas adegan bunga2 cinta itu..wakakakaka....ai yg letak surat you td...hehehe...