Wednesday, December 29, 2010

2 Spesis Pelik Kat Ofis

Orang orang dalam ofis ni semakin pelik. Ni staff staff baru punya hal lah nie. Ada mamat mental dan minah poyo. semua semua ni stok sakit mata tengok sakit telinga dengar. Mari cik huraikan satu satu kesah diorang.

Kisah 1: Mamat Mental

Mamat ni usianya 35 tahun, solo, berjanggut ustaz dan kecil molek je orangnya. sape mau berkenalan tinggalkan nombor korang kat ruangan comment. InsyaAllah akan cik sampaikan kat dia.heheh! sebelum berminat sila kaji dulu latar belakang dia. Tiap pagi dia lepak depan 7E kat bawah ofis bersama sebungkus teh dan sebatang rokok. sambil merenung masa depan. sape2 tengok mesti akan toleh dua kali punya.

Tengah tengah keje dia akan pusing kerusi 90 darjah laju laju dan lama lama. Sound kerusi tu memecahkan kesunyian ofis. kadang kadang botol mineral jadi mangsa. di kopak kopak nya bagi mengeluarkan bunyi. lepas lunch hour dia bergendang pulak kat meja. Takpun hentak kaki. semuanya dengan motip mengeluarkan bunyi.

Ada sekali tu kawan meja sebelah cakap 'KO DEMAM EA ?' :))
Cik terpikir camne dia boleh bekerja disini. HR? sila jawab... khabar angin mengatakan dulu dia study kat oversea. tapi tah la, tensi belajar kot jadi cenggini.. misteri!

Kisah 2: Minah Poyo

Minah ni usia 23 tahun. Lepasan Medik dan tetiba juruskan diri area finance. HR? sila jawab.. cik dapat tau dia nak sambung master lepas ni. Dia ni dikelola oleh cik. Ada pape nak tanya akan refer kat cik la. antara ayat yang korang sendiri boleh pikir ape kena ngan minah nie.

'So akak kerani je macam saya ea? ada SPM je ea?', 'akak degree? ouh, company ni amek degree holder jugak lah yea?', 'saya sekejap je sini, bulan 4 nanti nak sambung master', 'akak takde boyfren ke? saya dah ada. kenal kat FB je', 'hah, pc akak kena virus? nasib baik pc saya tak kena'.. What The.. spesis macam ni masih hidup rupanya.

Selalu masuk lambat. Ko ingat ini perusahaan keluarga? ha, suka hati masuk ikut jam kau. antara mesej dia 'akak, hari ni saya masuk lambat. muka mak bengkak.' ok, So ! muka mak kau sakit. ko yang sihat ni masuk je lah ON TIME. Tak habis habis alasan mak dia sakit. tah yea tah tidak. Refer kat boss lar. refer kat cik pekehalnya.

Pastu time keje ligat bergayut ngan bf FB dia tu. bersayang sayang bermanja manja. Dey, ofis hour keje je lah. nak bercinta lepas keje. tak tahan sangat kol time lunch kang. profesional come first when it comes to work. Kalau tak mengganggu konsentrate cik takpe, ini dok depan muka cik wokehh! pang nak! angkat kol kuar dari ofis boleh tak. tak malu ke bagi telinga orang dengar kau berkasihan.

Ni antara dua orang spesis pelik kat ofis. Adakah cik bias? tak kann...
ini tiada unsur cemburu.. serius !




3 comments:

sahromnasrudin said...

ini spesis org bizi bodi

noradzlina.kamdani said...

perghh mamat tu mgkn spesis attention seeker

yg minah poyo tu mgkn spesis..saje bikin CIK panas sbb dia eksen dia ade bf..pe hal..bole jln la....mcm ia jek nk sambg masters bln 4 patut xyah la bising2...jg susila he he he (mcm akk ko tere bebno memberi nasihat)

Mimy Hamid said...

ko kena tempias minah ke 2..siannnn..aku rasa dia saiko la...takut ko lebih dari dia...haha kelakar minah ni