Tiada lagu seindah irama, tiada kata seindah bahasa. Walaupun bahasa org bukanlah indah sangat. org tak pandai tulis tapi nak tulis juga.
Blog ni bertujuan membakar semangat dan melihat keberhasilan org mengecilkan saiz badan. kalau kurus dan pendam sorang2 tak trill, jadi org guna medium blog untuk menguji sejauh mana org boleh pergi.
okay, begini.. org dari kecil lagi membesar sebagai kanak2 yang sihat tubuh badan. sejak org guna inhaler pada umur 8tahun yang dihadiahkan oleh doktor. selera makan org membuak buak tak terkawal. makan makan makan tapi aktiviti fizikal kurang lalu berat naik dengan mendadaknya hingga sekarang. di tambah pula kadar metabolisme yg rendah dan hidup dalam tubuh badan berjantina perempuan. masa org kanak2 bawah 8tahun badan org slim ja. ya, sila salahkan doktor yg merawat. dia lah punca segala galanya.
Begini, org ada asthma a.k.a. semput juga lelah juga dikenali penat. sejak usia 2 tahun org main dalam baldi lalu kepala terbenam. mak sempat selamatkan org. berita sedihnya org dapat asthma. sehingga usia org 25 ini org bergantung menggunakan inhaler dan nebulizer dan keluar masuk hospital. org dah penat, org taknak mati sebab asthma. org nak mati kerana sakit tua je. boleh tak?. tanda2 untuk sembuh masih tidak kelihatan. ya, org dalam dilema. sila bantu. tapi jangan suruh org makan anak tikus.itu sudah terlampau.
sampai hari ni pelbagai usaha telah dijalankan untuk menyembuhkan astma dan mengecilkan badan. mahupun usaha sendiri atau usaha org lain. Tetap kurang berjaya. jadi di sini org nak usaha kaw kaw. yang penting konsten. kini bukan hangat hangat tahi ayam lagi.
Tujuan kuruskan badan untuk hilangkan asthma. ya, untuk kesihatan. tiada maksud tersembunyi. boleh,
* Org diatas membawa maksud 'saya, 'aku, 'i atau bermaksud sama waktu dengannya.
3 comments:
salam..ukhwah,
asma penyakit yg bahaya tu...jangan terlalu sejuk, terlalu panas, habuk2,.
gud Luck..saya pun ingin kurangkan berat bdn juga
Ada Apa Dengan Hanis Zalikha
terima kasih kepada pengomen diatas..tak percaya ada jugak org lain baca blog org..
Post a Comment