Tuesday, October 23, 2012

Boss Ofis Kilang



masih memikirkan. kenapakah cik terperangkap disini.. fufufu.. working long hours. u know what. lastyear ada staff mati strok. tahun lepas jugak ada staff kena strok half badan due to high bp. stress punya pasal la nie.

memandangkan kat sini takde life. jadi cik mencreatekan life. semua boss ada gelaran. atas cik boss cina lelaki. cik gelarkan dia abang. abang ni baik. tiap kali bagi arahan. ayat klisye. ayat buku punya.mula mula puji melangit dulu lepas tu request keje tahap willingly kena buat. contah ayat,

thanks for coming back on saturday xxx. i know u dunhave problem wakeup in the morning. i bring u nasi lemak. can today u do ahleng work. he'son EL today...

seeee, pancing nasik lemak then suruh cover kerja orang.

atas abang, boss perempuan. ni ala ala hidup segan mati tak mahu pi ofis. dia la paling lambat datang paling awal balik. keje dia senang. pass keje kat orang. kalau salah dia blame kita sorang. very fussy person. dalam sehari tak terkira dia sebut perkataan TAK atau NOT. dan cik gelarkan dia MAK KETAM. Sebab. dia ajar anak buah tapi diri sendiri tak betul. pernah dengar peribahasa MAk ketam ajar anak berjalan? gitulah dia. good side dia ni. very soft spoken lady. tapi ngengada. contoh ayat dari dia,

due to ahmey farewell. lets go eat tony romas

ahmey mengidam tony romas? very high taste. tot we celeb in carls jr only.

carl jr. not nice. i mengidam that chicken tony romas.

seee, dia yang yoyo o nak makan sebenarnye. kalau nak farewell atau celeb kat kepsi atau mekdi. baik lupakan. sebab kita membawa mak ketam dan perutnya. tapi jangan harap si boss belanja. kami keluarkan duit masing masing.

atas mak ketam, boss prempuan jugak. usia menjangkau orang pencen tapiiii masih mahu mengeluarkan khidmatnya. baru celeb 55th years anniversary.. hari lahir ya. single and available. if u want success like her. abdikan diri seperti quota ini.


Hidup dan matiku di menara ini.

nenek. i admirer your kesabaran..

atas nenek, ada ceo. tiap kali datang hari sabtu. otomatik every staff pakai leisure wear. tshirt bodo beraama seluar pendek dan berselipar menjadi trend. ala ala lepas keje pi port dickson pun ada. tapi ini ceo. kemeja lengan panjang dan seluar pendek. what the f. u dunno how mean leisure meh.. then sejak hari itu cik gelarkan dia SUA PENDEK. Very ...... tak usah dipandang.

nanti nanti cik cite perihal staff2 ofis kilang.. this place was awesome..

Sunday, October 21, 2012

untitlee

bosan.

bosan..

bosan...

rasa hidup kat ofis lagi bernyawa. adakah tanda tanda workaholic atau cik tak punya life kat luar. gimme back my life. sape yang rogol life cik ni. adoi.... i need breath! fufufu
...


Thursday, October 18, 2012

Soalan Terkeluar Time Blind Date

Hot fm pagi ni cakap pasal blind date. fufufu...

cik fail tiap kali blind date. sebabbbbb samada cik tak bekenan dia atau dia aspect cik cantik.

yang paling takleh blah. awal awal lagi menunjukkan sikap sharing is caring. bayar makan asing asing. tengok wayang paid half half. balik asing asing. what!!!.. lelaki tahik hidung masin?

ada tu pulak spesis awal awal lagi tanya pakai kereta apa? beli rumah kat mana? keje sebagai apa? why, if i have all. u nak share dengan i ke?. its ok kalau dah kenal lama lelaki tu mungkin akan selesa bercwrita topik dalaman sebegitu. tapiii baru first time jumpa tanya soalan peribadi memang bagi perspektive negative la kann. nape tak tanya terus saving u ada berapa sekarang. kan senang.leh terus kawen yea.

ada tu pulak. bukak topik berat badan. u kalau kurangkan 20kilo sure cantik. esok jugak i masuk meminang u. what! apa jenis lawak ni. firstime date ok. if u nak tengok i cantik sentiasa. u kena terima lemak lembik lembik i sekali.

itu yang lelaki baru nak naik kot. ala ala bajet handsome kot. tapi ada jugak lelaki yang ok. jumpa tak semestinya buat girlfriend. buat kawan tak salah. talk talk dulu. take it easy and slow.

tak paham kenapa cik takdw calon suami lagi. mungkin salah satunya hidup tak balance. masa habis kat ofis. nak date camne lah kan. sedangkan family pun xpaham keje cik. inikan pula bf yea. jadi sesape nak keluar ngan cik. fahamilah saya..

ada sape sape sini nak kenalkan. marih bagi nombor tepon.

Saturday, October 6, 2012

Transport dan Kenangan

salam korang.
ketahuilah. ketika ini cik berada dalam perut lrt.

stesen seterusnya.. KLCC.. next station KLCC..

ya ampun.... freedomnya rasa. kepada yang menggunakan public transport. bersyukurlah yang korang beruntung. jimat masa tenaga uwang ringgit bila gunakan lrt. sebab nanti nanti bila pakai own transport korang akan sumpah seranah bila stuck in jam dan pemandunya adalah anda.

tiba tiba teringat zaman dulu kala. bila rasanya stress kat ofis je. on the way balik kerja kepala dah heaven... haaAaaaaa... saya punya driver sendiri. dia akan pick up saya setiap 5 minit. gila bestbalik rumah tepat pada masanya.

motip nak cakap, sebenarnye manusia tak pernah akan rasa puas. bila dah pass by hari semalam baru nak rasa bersyukur kenangan tu semua. terlambat ok terlambat.

jadi kita ni kena enjoy dan hargai hari ini sebab esok korang akan tersenyum bila anda dulu kala sangatlah enjoice.

ok lah. nak pegi tambah koleksi pakwe. almaklum la woman in hot. dalam ramai ramai sorang pun tak lekat lekat. babai.

korang nak kirim apa. roger cik k. apa? coffee bean? LV? Prada?... memang tak la. pi beli sendirik pih... babai...

Saturday, September 29, 2012

Kampung Misteri

salam..

sepanjang bermastautin kat key ell ni kann. tempat paling seronok di duduki cik rasa wangsa maju. walaupun duduk rumah merpati tapi dekat dengan jusco. jalan kaki je. pi klinik belakang umah. salun. nak pi wangsa walk 5 minit naik kereta. sekarang ada pulak klfestival city. takat tengok wayang takyah masuk kl dah. sonok gila.

tapi apakan daya. sekarang cik dah pindah. nak duduk kawasan kampung pulak. rumah atas tanah. dengan syarat. pijak kaki atas tanah. nampak lalang lalang depan rumah. tak mahu lagi pijak kepala orang rumah bawah dan orang atas pijak kepala kita pulak. not nice tau.

sejak mendiami kampung ni. pelbagai perkara pelik terjadi di kampung ini. baru duduk 3 bulan makcik tuan rumah ni dah nak naikkan sewa. rumah sewa kiri kanan tak pulak sewa naik. dwngan alasan mereka rumah family. kami ni satu rumah 4 orang bekerja. pelik gila makcik ni. kami sewa satu rumah kot. bukan sewa bilik. takde takde. see agreement ea.

lepas tu. ada satu gerai kuih kat kampung ni. cik gelar gerai ni nasik lemak di persimpangan dilema sebab gerai makcik ni kat simpang tiga. makcik ni pun pelik. bila beli kuih kat situ 3 biji singgit. tapi bila tempah seratus kuih tu jatuh sebijik harga empat posen! apakah cara berniaga ini? pelik betul makcik makcik kampung ni.

kalau bulan tak puasa adalah tapak pasar malam. cik gelar pasar malam sekangkang kera. sampai nak singgah pun tak sampai hati sebab gerai yang ada 4 je. sorang jual ayam, laksa, Kuoytiaw, apa tah satu lagi. tapi tatap mendapat sambutan. ramai berduyun duyun beli. apa tah yang orang kampung hurung sangat tah.

bila datang bulan puasa. bazar ramadhan dia juga sekangkang kera. tapi boleh lagi la nakmembeli. tapi.masalahnya. orang kampung sini suke beli tanpa turun dari kereta atau motor. apalah pemalas cara ini. si pejalan kaki serius bahaya nak membeli
kebangkalian untuk kaki dilenyek amat tinggi. fuyoooo.

walaupun kampung ini pelik dimata cik. cik akan bertahan selagi mampu. payah betul bila hati kat kl yapi jiwa sangat kekampungan. macam mengada kannnn. ok lah nak sambung kerja
 kau kerja hati sabtu.. hade!...

Monday, September 24, 2012

Jari Runcing

Hi korang..

Ngekek ngekek baca blog korang semalam. da lama weh tak gelak macam ni. release tensioney jap. banyak tu cik cover baca post setahun punya.

sebenarnya semalam cik ada taip panjang punya cerita. tapiiiiii..... line tak berapa cerdik ni dah melenyapkan entry agung cik. macam tutttttttt. aish..

eh. apesal tassekerin payaj untuk ditaip?. cik ni dari zaman neolitik kalau pasal gajet teknologi. sengsaranya nak habiskan satu perenggan. nape la qwerty ni kecik bangat. ke jari cik ni yang gedabak?...i tell u ar. lagi canggih henfon... lagi tipis peluang untuk golongan oku menggunakannya. ada kau tengok orang buta guna iphone. ada? ada?.. takde kannnn... kita ni yang sempurna pun payah guna tassekerin hp. ke.....cik je yang rasa gitu?. ok abaikan.

sebut pasal jari tak berapa runcing ni. teringat satu cite masa matrik dulu. masa kelas bisnes admin kannn. lecturer yang ajar cik hensem wo. nama dia encik danny. ada satu chapter tu kena kira maturity loan. involve interest bagai la. so harus menggunakan kalkulator saintifik. kau tau kann kalkulator banyal simbol2 zaman batu tu.

cik ni pelajar terbaik. duduk pun saf depan menghadap whiteboard. hehe. mak kata nak menimba ilmu kena dok depan. biar kite je nampak whiteboard. biar kita je dapat ilmu banyak banyak. kasi orang belakang tempias2 ilmu je. hahaha tamak haloba.

masa kira kira tu. semangat ni dok buat case study. tiba sampai angka terakhir cik silap tekan. alamak. tepuk dahi la apa lagi. penat wo kira juta jutaan pastu kena start dari zero.
tak perasan lak encik danny ni nampak. then dia bersuara.

"attention class! tekan kalkulatur tu jangan salah. bazir masa tahu. tengok jari saya ni (sambil menunjukkan jaro telunjuk) runcing kannn. dapatkanlah jari macam saya" sambil mata pandang cik.

what the hack!!!. apakah sesi malukan student ini. satu kelas toleh cik. yang paling best. ada yang sound. xxx, kau kena pakai kalkulator apek kedai runcit weh.

ok, masa tu cik redhooo. walaupun punya jari tak runcing. peksa pass ape. to encik danny. u leave me memory jari runcing. ye ye.. kau hensem. mujur. kalau tak... la la kena sound tu jugak cik menjawab.

pape pun. penat gila weh nak siapkan satu entry. kau maafkan la jika saaah typo. besela. budak ketinggalan zaman. orang tak heran tassekerin. cik baru nak guna. kalau salah eja tu kau agak agal je la apa yang cik nak cakap.

tetiba bengang dengan meja sebelah. dia tengah planning pi feance. what theeeeeee... ok. babai
..
"








Thursday, September 20, 2012

Naik Darah

Hai korang.

Taknak lah stereotaip sangat. Tapi nak cakap jugak. Cik busy selama setahun menyepi ni. Ciri ciri busy nye adalah;

1. Badan semakin comel. Naik 15 kilo dengan jayanya. Dengan alasan tiada masa. Ouw well klisye.

2. Tiada nafsu terhadap teknologi dan alam maya. Internet, televisyen malahan suratkhabar juga berjaya tidak menarik minat cik. Semua di band selama setahun ini.

3. Tiada perasaan untuk bercuti. Asal cuti je balik pekan asal cuti je jenguk mak ayah. AlhMdulillah. Ingat lagi jalan balik kampung. Kot la lupa daratan kann.

4. Kawan kawan semakin berkurang. Takde masa untuk hang out seperti dulu. Jangan kan nak jumpa. Berutus surat? Mesej? KOL? Hmmmm. Boleh la.. Spent 5 minit sehari je kot. Tu belum lagi hilang kawan sebab diorang dah kawin. Lagi le kurang kawan.

5. Tapi satu je yang tak kurang. Malah bertambah tambah. Cik semakin hot. Ya a aw. Kalah kak rozita tau. Ramai yang takel. Tapi cik takmau. Pasai...... Hmmmmm. Nanti lah cite. Episod lain ea.

K lah. Nak beradu dah. Sebab perempuan gorjess kena tido awal demi menjaga awet muda. Kau hade!  hikhik

Fifi sukeeeeee. Silap.. Cik sukeeeee

Muahhhh

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, September 18, 2012

Hey, I just downloaded WhatsApp Messenger on my Android. It is a smartphone messenger which replaces SMS. This app even lets me send pictures, video and other multimedia! WhatsApp Messenger is available for Android, iPhone, Nokia, Windows Phone and BlackBerry and there is no PIN or username to remember - it works just like SMS and uses your internet data plan. Get it now from http://www.whatsapp.com/download/ and say good-bye to SMS!

Monday, September 17, 2012

Rayuan Gombal

salam korang....

nak cakap sikit ni. kalau lepas ni cik join korang blogging balik boleh ke?

segan nie....

Friday, February 24, 2012

jiwang jiwang tak main ah.. Tangkap lentok je terus

kalau bangsa kedekut tu kedekut jugak. sori la korang. bukan cik malas nak update. tapi jenis malas nak taip guna fon. tak feel ah. nak beli ipad2 atau laptop jauh sekali ah. baik simpan duit wat harta karun. lagi cerah masa depan kannn. walaupun sorang dua kata miss kat cik. time kasih tapi tak payah le. baik korang miss insan tersayang. cik ni insan yang memungkiri janji. lama gila tak update. bf cik kata. jangan keluar ofs. klu tidak gaji hujung bulan dia potong. ececeh.busy ah sekarang. takdenye bf. tu ha. keje je manjang. sikit lagi boleh dah beli pavilion. tengok kaya tak kaya cik sekarang. kau ada?.. jadi ceo pun belum tentu kaya mcm ni tauuuu. cik nampak ramai kawan2 blog  yang dah beranak pinak. congrats. korang dah meramaikan umat islam. alhamdulillah..cik belum bersedia meramaikan umat. nanti nanti kalau green lite cik cite yea. skrg traffic lite pun belum jumpa. ouw, nak bagitau. berat cik naik 5kilo. sila gelak puas2. sebab, keje cik memerlukan pembesaran bontot. pembakaran lemak tidak digalakkan kat ofs itu. kau yang sedang diet jangan begitu hampa yea. cik dah tarik diri dari pertandingan. nahhh, amek la marie france bodyline korang. cik tak hadap. oK LAH NAK TIDO DAH. APEHAL LAK TULISAN NI BESAR.ADEH..TERUK AH COKIA NI. TAK MESRA ALAM PENGGUNA BETUL. BENCI BENCI.. DAH AH XTAU CELAH MANA WAT PERENGGAN.. HAISHH!.. OK LA.. BABAI KORANG. MISS XXX A.K.A CIKXXX