Saturday, September 29, 2012

Kampung Misteri

salam..

sepanjang bermastautin kat key ell ni kann. tempat paling seronok di duduki cik rasa wangsa maju. walaupun duduk rumah merpati tapi dekat dengan jusco. jalan kaki je. pi klinik belakang umah. salun. nak pi wangsa walk 5 minit naik kereta. sekarang ada pulak klfestival city. takat tengok wayang takyah masuk kl dah. sonok gila.

tapi apakan daya. sekarang cik dah pindah. nak duduk kawasan kampung pulak. rumah atas tanah. dengan syarat. pijak kaki atas tanah. nampak lalang lalang depan rumah. tak mahu lagi pijak kepala orang rumah bawah dan orang atas pijak kepala kita pulak. not nice tau.

sejak mendiami kampung ni. pelbagai perkara pelik terjadi di kampung ini. baru duduk 3 bulan makcik tuan rumah ni dah nak naikkan sewa. rumah sewa kiri kanan tak pulak sewa naik. dwngan alasan mereka rumah family. kami ni satu rumah 4 orang bekerja. pelik gila makcik ni. kami sewa satu rumah kot. bukan sewa bilik. takde takde. see agreement ea.

lepas tu. ada satu gerai kuih kat kampung ni. cik gelar gerai ni nasik lemak di persimpangan dilema sebab gerai makcik ni kat simpang tiga. makcik ni pun pelik. bila beli kuih kat situ 3 biji singgit. tapi bila tempah seratus kuih tu jatuh sebijik harga empat posen! apakah cara berniaga ini? pelik betul makcik makcik kampung ni.

kalau bulan tak puasa adalah tapak pasar malam. cik gelar pasar malam sekangkang kera. sampai nak singgah pun tak sampai hati sebab gerai yang ada 4 je. sorang jual ayam, laksa, Kuoytiaw, apa tah satu lagi. tapi tatap mendapat sambutan. ramai berduyun duyun beli. apa tah yang orang kampung hurung sangat tah.

bila datang bulan puasa. bazar ramadhan dia juga sekangkang kera. tapi boleh lagi la nakmembeli. tapi.masalahnya. orang kampung sini suke beli tanpa turun dari kereta atau motor. apalah pemalas cara ini. si pejalan kaki serius bahaya nak membeli
kebangkalian untuk kaki dilenyek amat tinggi. fuyoooo.

walaupun kampung ini pelik dimata cik. cik akan bertahan selagi mampu. payah betul bila hati kat kl yapi jiwa sangat kekampungan. macam mengada kannnn. ok lah nak sambung kerja
 kau kerja hati sabtu.. hade!...

No comments: