Friday, November 23, 2012

Marketing Astro


Selingan sikit sebelum masuk tajuk di atas.

Orang malaysia ni rasanya semakin stress dan kurang ajar. Bahasa inggerisnya rude.

Bila tengah jalan motorsikal yang menyempit laluan kereta. lepas tu bila hampir tersepit antara dua kereta. Si motor tendang kereta belah kiri dan tunjuk jari tengah kat kereta kanan. Sambil berkata

Fuck you!

Adoi. Salah siapa bila kau menyelit. Salah siapa bila kau yang tak menyempat. Ini lah jadinya bila salah orang nampak. Salah sendiri salahkan balik orang.

Ini pengalaman semalam. Saje nak share. Kot kot si penunggang tu suami kau ke. Mujur tak jadi ayam penyet -ap. Kalau tak, dah ke hkl dah agaknye semalam. Proses pengecaman mayat. Laki kau? Harap bukan eh.

Ni tadi. Orang astro kol. Sebenarnya dah banyak kali diorang ni promote tukar astro beyond. Tiap kali promote, cik melalui pengalaman getir. Getir lah sangat!

Hari tu caller wanita. Lepas tu wanita lagi. Hari ni mamat india Pulak kol. Mari ikuti perbualan ini.

India -hello cik xxxxx. Kami dari astro. Ingin memberi cik peluang tukar astro beyond secara percuma.

Cik - maaf. Saya tak perlu itu.

India - tapi mengapa. Ini peluang hanya datang sekali. Rugi jika cik lepaskan.

Cik - maaf. Saya belum bersedia. Saya pakai tv kotak. Buat apa pakai beyond.

India - ini hanya free cik. Pihak kami buat pemasangan percuma. Cik hanya perlu bayar bulanan tambahan 20 ringgit sahaja.

Cik - Oo. Apa beza saya pakai beyond dengan biasa. Bila hujan boleh tengok siaran juga ke?

India - oo tidak tidak. Cik boleh dapat siaran lebih jelas dan boleh merakam. Untuk siaran ketika hujan pihak astro masih lagi dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Cik - oo. Kalau boleh rakam. Rasanya tak perlu kot. Astro dah cukup tayangkan siaran ulangan. Kalau tak sempat tengok pun takpe.

India - tapi cik dapat remote yang baru.

Cik - remote baru tapi tekan tekan 5 saat baru appear kat tv ape kes. Masih not fren user pada saya.

India -  tapi lepas ni kalau cik ingin tukar cik kena bayar perkhidmatan kami.

Cik - beginilah encik. Saya memang tak berminat. Tunggu nanti saya beli tv plywood. Akan saya tukar ke beyond yea. Saya akan call sendiri astro. Berkenaan bayaran. Jangan risau. Saya akan bayar untuk perkhidmatan nanti.

India - tapi cik saya....

Tuttt tuttt tuttttttt...

Maaf keluarga astro. Anda kerugian kerana ada pelanggan seperti saya. Saya pelanggan tegar yang tidak mengikut arus zaman. Saya ikut arus poket.

Jika benarlah wahai yang dikata. Saya tiada hawa nafsu terhadap tv ketika ini. Jangankan buletin utama. Ustaz don berceramah pun tak sempat saya ikuti.

Anda untung kerana saya bayar astro tapi hanya sejam dalam sebulan saya menonton channel anda.

Nanti tunggu saya jadi suri rumah sepenuh masa, tv kotak bertukar tv plywood hd plasma dan saya mempunyai nafsu untuk menonton sinetron anda yang beratus episod. Maka tanpa segan silu saya akan menukar ke beyond yea.

# I like adibah noor masa AIM. Dengar cerita nelopa pengganti pasha sendat. Betui kaaaaaa?

Published with Blogger-droid v2.0.9

2 comments:

Emy Tak Kecik said...

boring kan astro ni...

selagi decoder x rosak,,mmg x la tukar beyond.dah la time hujan xdpt tgk :D

Unknown said...

wakaka kesian orang astro tu ko buat camtu. ish2.
ak follow blog ko, sebab ko lawak. :D jemput la ke blog ak, baru je buat. support keh. kucengberkaler.blogspot.com arigatouuu~