What a beautiful day.
Sejak semalam hati tak sedap. Rasa nak jadi sesuatu. Apakah waktu cik sudah sampai? Teng teng teng.
Normal rutin. Tiap minggu basuh baju. Tak pernah lagi rekod tinggalkan baju dalam baldi semenimbun itu. Tapi weekend baru ni cik terlalu sibuk sampai tak sempat mementingkan kebersihan. Ok pelik
Malam tadi hujan lebat mencurah ke bumi. Tidur tak lena. Batuk batuk. Sesema seh seh. Ok ini normal. Selalu macam ni. Ku urut dada. Taruk minyak balm. Ok nyenyak tido semula.
Pagi tadi pi keje macam bese. Disebabkan awal lagi cik lena selelap dua dalam kereta. Pukul 750 baru naik ofis.
Ngam ngam kul 8 dada berombak. Bunyi berdesit. Macam bela anak kucing dalam anak tekak. Demn. Otak semakin pikir lain.
Keputusan otak seminit cik. Kemas meja. Tutup pc. Gerak ke klinik sekareng. Boleh lagi drive sendiri. Daripada stay ofis menyusahkan orang ofis kilang. Dan bakal menjadi cerita hangat. Akan datang dan selamanya they treat me like im OKU?
No! I like to pretend that im iron lady.
Sampai klinik wangsa maju. Ntah apa ingredient doc ni kasi kat nebulizer. Tetiba salur pernafasan cik terblocking. Rasa macam langsuir cekik cik ketat ketat. Dalam hati pikir. INIKAH MASANYA. Nak mengucap panjang ke pendek nie.
Doc dah cuak tengok cik hampir pengsan. Kuku jari semakin biru. Peluh mercik bak petani sawah. Jangan suruh bersuara. Respon cik semakin kurang. Antara bumi dan langit. Sorang sorang muka family terjah kat mata cik.
Tup tup. Eh. Dalam ambulans dah. Lahhhh. Tiga mamat hensem bawak cik pi hkl. Larrrrrr. Bising ar sound ambulan ni. Ney no ney no...tanpa henti. Baru nak pengsan ala ala snow white. Dah terjaga. Alaaaaa sekejapan jerk?! Agak agak macam mana ek 3 mamat ni angkat cik yang guni beras nih.
Sesampai kat hkl, dibawak cik zon merah. Demn. Adakah tahap nyawa nyawa ikan ini. Ofis cik tak henti henti call. Sibuk!
Cucuk bahu. Pergelangan tangan. Letak dadah nama becotide. Nab ntah berapa kali dia bagi. Hello. Im not drug addict k. Itu hade hati nak sumbat paru paru cik intubate. Tube tube tak main ah. Aku boleh bernafas sendiri.
Bertapa sekerat hari kat hkl. Doc suh admitted. Nono.. Lagi sesak jiwa dok wad. Kang bukan semput je tak baik. Jiwa raga kang sekali ICU.
Kalau taknak masuk wad. Sila sign surat cinta. Apa apa jadi lepas ni adalah tanggungjawab sendiri. Jangan berani nak saman Hkl. Ok fine! I sign.
Amek ubat. Done. What a proses of gomen spital! Mintak inhaler baru. Dia tak kasi. Mintak mc dia kasi time off. Shit! Adakah ini payback time sebab cik tak mau admitted?
Tunggu taxi nak balik semula klinik. Sekian hal. Berebut dengan auntie india. Ceh. Takpe la. Amek la taxi tu. Saya tunggu taxi baru. Muehehe.
Sampai klinik. Jumpa balik doc cuak. Dia ni lah taruk new ingredient dalam nebulizer cik paginya. Mungkin cik alergik ubat tue. Baru nak tau kan alergik combivent bagai. Selama ni mana nak tau. Gedik sungguh ini semput. Dia kasi mc 2 hari. Sambil berkata. Take good care. Cuak ah tu kalau kalau cik mencalar rekod baik klinik. Terpampang metro harian esok dengan tajuk Punya-pesakit-mati-di-klinik-ini.
Drive balik umah untuk berehat. Cik rasa seperti Orang kurang upaya a.k.a penagih dadah. Ketar satu badan. Siut ini moment.
Ingatkan tahun ni clean dari segala cerita asthma. Rupanya. Rekod tercalar sudah. Naik ambulans awesome part. Terasa seperti menteri besar lalu jalan tun razak ketika time orang balik kerja. Semua orang bagi laluan. Bestnyieeee.vvip seketika.
Tapi best thing. Cik tak susahkan orang orang tersayang cik. tak perlu susah diri selagi belum cik kiok ok. Cukup cukup la menyusahkan orang dari kecik.
Ingatkan mensibukkan diri dengan kerja boleh melupakan penyakit dan meng-antibodykan diri dari stress. Tapi terkadang kita terlupa. Yang kita hanyalah manusia. Bukannya robot. Allah uji kita dengan pelbagai cara.
Dont know how about u guys. To be alone in emergency moment. For me. Need strong mentally and fizically.
U shud try. U will feel u get one achievement in ur life. To Walk alone on earth.