cik percaya masing masing punya ego sendiri. sama ada kau reveal ego tu atau ko simpan diam diam dalam hati agar orang sekeliling tak cop kau poyo. masyarakat kita ni suka manusia manusia bermulut cakap benda baik dan manis manis je. yang pahit atau realiti dipandang sepi. makanya manusia bermulut laser tapi betul dicop bermulut puaka.
cik mulut 50 50. adakala kita perlu speak up bila benda tu salah dan takde sorang pun nak tegakkan kebenaran. tapi adakala kena diam bila keadaan sebenarnye takde apa nak bisingkan. kalau bising bertambah serabut je keadaan tu.
Allah kurniakan kita akal. kalau akal tak reti nak guna. cantik camane pun boleh nampak berulat jugak.
ada sesetengah kawan yang kenal cik luar dalam cakap cik garang. ego. tak berperasaan. terima je lah. orang yang tengok kita kan. tak usah melatah. itu hanya pandangan. mungkin dalam beberapa situasi kita perlu berkeadaan begitu.
dalam setiap situasi kita perlu fikir rasional. kalau orang tu ada life tak perlu menyibuk life dia. dia dah cukup penuh jadual dengan kerja dan family. tak perlu susahkan dia dengan hal remeh temeh masalah kita.
kadang kadang orang tu terlebih mampu. tak perlu cuba cuba fitkan saiz kaki kita kat dalam kasut dia. memang tak akan muat. kalau dia shopping sakan. pakai cash. kau nak ikut rentak dia. tapi pakai kad kredit. itu bodoh namanya. shopping tapi berhutang. jangan jangan.
kadang kadang orang tu dah berpunya. bercinta sakan. kita doakan lah yang baik baik buat kawan kita. kalau dia ke ambang perkahwinan dengan orang yang kita sayang. doakanlah kebahagiaan dia sampai hujung nyawa. tak salah mendoakan kebahagiaan orang lain. tapiii kaaau kau di alam mode jeles. mula lah bawak mulut itu ini kat orang lain yang si polan bin sipolan tak sesuai la apa la. ini sudah melampau. kau tau tak wujudnya dah takde rezeki. dah takde jodoh. sila berfikir. kau ada akal untuk fikir semua tu. jangan nak mengada pakai bomoh bagai ea.
dulu kann. cik berkawan dengan semua orang. tapi dari hari ke sehari. nampak perbezaan diantara yang belajar tinggi dengan yang belajar setakat ado. bukan nak cakap orang ada degree ke atas ni hebat. takkk. cuma mereka diajar belajar dan pikir 5 kilometer ke depan. yang blajar setakat ado ni. pikir untuk 5 langkah kedepan.selebihnya. macam malas nak pikir. adoi. penat. kenapakah. tapi tak semua.
bila kita belajar erti kehidupan dari kesusahan. kita menikmati hari hari kita dengan kenikmatan. percayalah. hidup akan lebih mendewasakan kita. tapiii bila erti susah itu di ambil dengan kekesalan. kau tak akan belajar dan tak ke mana. bertempek la kau satu tahap sampai buat taik kat situ. serius. hidup ni perlu belajar. bukan belajar kat sekolah je.
kalau la manusia ni guna akal. dapat kawal nafsu. berita buang bayi. hidup melarat. kawin cerai berai. hidup saling membunuh takde dalam masyarakat kita. tapi sayang.... dah kita diajar kaut dan sumbat hanya dengan politik kotor. beginilah jadinya. kita diajar terima terima dan terima tanpa berusaha. kalau benda free tak dapat pegi mengadu.. maki dan mengadu modal insan zaman sekarang ni. benda nak majukan diri ni..say bye bye
No comments:
Post a Comment