Holla korang..
Cik kembali.. di lebaran baru hari baik bulan baik ni.. (macam kan bulan bulan lain tak berapa nak baik kannn)...
Haish, cik rindu ah kat korang.. tapi rindu nak ngumpat pasal dunia sebenarnye.. heh
Cik kat kampung ni. Melawat anak along cik kat hospital. budak kecik tu demam tak baik baik. masuk hari ni da 8 hari tak keluar keluar wad lagi. Oh, dapat ku rasakan.. betapa peritnya dok lama lama kat hospital. kalau esok tak keluar jugak. Mau pengsan along dok bertapa kat situ. kalau kau peram lama boleh jadi keluar henfon samsung OMELET kat bontot.. ok semoga budak kecik tu cepat baik.
Ha, elok jugak anak along masuk wad. ada alasan cik amek EL jumaat lepas. Kau tau je la ofis kilang tu. takde alasan kukuh jangan harap dapat cuti. Ada sekali hari tu, cik nekad nak balik awal. Sharp kul 5 cik IM boss. "Boss, my work done. can i back early today. 515?".. "is that urgent?".. oh! rasa nak korek je lubang hidung dia. Part kerja cik dah siap kau nak perap aku lama lama kat ofis apehal kann..boleh lagi tanya urgent ke tidak!?.. "Aah urgent, nak gi berak"..
Consider la sikit weh.. Hujung bulan balik lambat.. Awal bulan balik lambat. tengah bulan pun kau nak cekik masa aku?. itu tak masuk lagi staff lain MC, cuti, EL... Oh, sangat la terasa masaku dirogol dengan rakusnya sekarang ni. Tapi di sebalik ke-kilang-an ofis tu. Dia mengajar cik menjadi fast learner. Boleh dikatakan setiap core proses kat situ dah masuk kat memory kepala ni ha. Kerja 2 bulan macam rasa 22 tahun berkhidmat. Kau ada?
Kau lemah lembik tak payah la kerja situ. Ada je vacancy tu ha. tapi cik tak sarankan sahabat handai pergi situ. Sebab...kalau jenis jalan lenggang kangkung. lemah gemalai. enjin lambat start pagi pagi.. Ada kang salah proses. Ada kang orang singapore turun KL mengamuk ngamuk kang.. Serius, Cara bekerja haruslah macam orang singapore. Sangat particular and less error. kau nak rasa pengalaman kerja environment sebijik macam Jepun.. meh roger roger cik. Nanti hantar resume ea. Cik introduce korang. Mau?
Khamis lepas cik pi dinner company. Sangat lah over. Tajuk malam tu. Dinner & Dance Shanghai Jazz. Dan semangat la semua pakai cheongsam cheongfu bagai. Cik dapat top 3 best dress. Usah ditanya menang ke tidak.. tak pun... tersungkur atas stage masa catwalk lagi ada. Stage tak rata, heels 3 inci punya pasal buat malu jer. tapi ok what!..semontel montel cik macam Adibah Nor ni tercalon best cheongsam dress. bukan senang wo naik atas stage buang kemaluan show lemak lembik lembik kat penonton. Kau berani?
Bila tu masa AIM, cik pi sebagai penonton bidan terjun. tidak la menjadi anti sosial seperti digembar gemburkan sangat (nak sedapkan hati sendiri). Still hang out walaupun masaku dirogol oleh pihak tertentu. Memandangkan kawan cik ada tiket free dan semua sepupunya takmau pi. cik ikut tengok artis artis sekangkang kera. Sori to say. Kebanyakan artis baru sorang pun cik tak kenai. Paling baru pun cik rasa Shila Hamzah. itu pun kawan cik sound
"dey, sappana. Shila hamzah kategori artis lama wokeh"..
"ooo ey?!"
"tu ha, Neolofa tu ha yang baru.."
"oooo, dia nyanyi lagu apa?"
"ayoyoyo, dia tak nyanyi la. dia pelakon."
"then, buat pe dia kat sini. ini kan AIM.. MUZIK.. salah entry ke?"
Sori kepada kawanku. kau offer tiket pada orang yang salah. haktui... tapi dalam banyak banyak persembahan cik enjoy segmen lagu karaoke.. mengintai di tirai kamar... rahmat Mega... AXL's..Zamani.......fufufuhhh.. nah, ini baru jaman guwe... enjoy habis babe!
Cerita lain........Ada mamat kat ofis cik. Sejak kewujudan dia kat ofis tu. Cik teramat lah meminati raut wajah dia. Saling tak tumpah macam pelakon Nas_t. Korang bayangkan lah sendiri. tak kenai sila Google. ouh, sangatlah kemelayuan. Dengan hitam manisnya.. kesopanan dan sesusilaan.. auw, minatnyeeeee.
Sehari sebelum raYa haji haritu. Cik terserempak dia kat pantry.
" harap tak hujan lah arini.." -si dia..
"oo, aah. kalau hujan lagi lah jem yea. tak balik kampung ke?" _cIK (gaya gaya mengorek cerita)
"Balik, Jap lagi nak amek adik kat HKL. pastu kawan dia nak tumpang..So berempat la balik Pasir Mas malam ni"
"ooo, berempat?? sape sorang lagi?"
"haah. dengan isteri!"""
dalam hati cik... "WHATTTTTT!!!" kau da ada isteri ke...
Serius terperanjat. Macam Bintang bintang berguguran kat kaki. Mujur tak pengsan kat situ. Serius weh. Kalau korang tengok gaya dia, muka dia. korang mesti tak rasa dia dah kawen. Jalan pun tak betul lagi. jalan macam kasut ada spring.. Rupanya suami orang. Mujur cik tak amek keputusan tackle dia lebih lebih..
Sejak hari itu,. Bila dia pass by kat meja cik. rasa Gelihati. Sebab orang yang muka hensem jalan tak berapa betul pun da nikah. perempuan dah kaut. Yang tinggal hanyalah..........................kau sambung la sendiri..
loh, kul dua dah ke? ok ar.. korang.. babai.. hope cite cik kali ni tak buat korang muntah darah..
Mat malam..
3 comments:
terkena lagi.. hahahahahaha sadis kau ni.. mandi bunga campur air batu ahh beb.. kasi wangi.. ahaks!!
-KuraKura-
hye cik xxx..nnt lawat blog kite ek..soaldiet.blogspot
aida nk keje leh la kalau cik XXX nk bagi ...sekrang tgh notis ni...
Post a Comment