MErujuk kepada entry pada July, 11 2011 bertajuk UTAMA..
Rupanya komplen ini sampai ke pihak Utama Ekspres. Dan ini komen dia,
-
Assalamualaikum.
Cikxxx, saya telahpun membaca komen saudari.
1. Terlebih dahulu pihak kami ingin memohon maaf di atas kelewatan bas pada 8hb Julai 2011 gara-gara roadblock perhimpunan BERSIH.
2. Jika pemandu kami merokok semasa memandu bas, cikxxx boleh terus menghubungi pihak pengurusan kami di talian 019-9527252 untuk memaklumkan tentang perkara ini.
3. Tentang kelewatan tiba ke destinasi, cikxxx tolong beri penjelasan dengan lebih sempurna kerana pihak kami tak berapa faham dengan ayat cikxxx ini.
4. Jika ada syarikat lain yang masuk ke Pekan, kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana pihak kami juga ingin mencari rezeki yang halal kerana Utama Ekspres adalah pegangan 100% milik bumiputera Melayu.
Sekian, wassalam.
The problem is, cik tak guna bas ekspress dah. walau pun begitu. silalah proceed buat tindakan kepada driver merokok. Tak perlu nak tunggu komplen rasmi dari penumpang. Silalah cek pemandu anda dari masa ke semasa.
Pujian harus diberi pada mereka, Ada usaha melayan kerenah penumpang. 'Customer Alaways Right' masih digunapakai. Dan Terima kasih menyediakan perkhidmatan yang selesa terutama VIP seat kepada penumpang. Clap Clap tuk Utama Ekspres
1 comment:
bagus la klu ade respon mcm tu...
Post a Comment