Friday, July 29, 2011

Wanita + Internet = E.M.O.S.I


Pagi tadi usha facebook sat. tengok wall ada pape status menarik tak. Tiba minah sorang tu up ayat camni

'hubby baru balik keje, n surprise..dpt bunga, huhu. thanks laling..  i love u.. mmuaxxxs =)'


Soalan pertama yang cik nak tanya.. MOTIP, kau paparkan status camni;..
a) Adakah hubby kau tiada fon untuk berterima kasih secara personal kat dia? atau,
b) Adakah kau nak tayang kat semua yang hubby kau romantik yang amat? atau,
c) Adakah kau first time dapat bunga eksaited yang amat?..

Ini bukan bersifat jeles. Cik tak dengki langsung kau sudah bersuami. atau jauh sekali jeles akan kebahagiaan orang lain. Tapi kenapakah kau paparkan kegembiraan yang pada cik bersifat peribadi ini untuk paparan ramai?.,..hmm

Begitu jugak kepincangan dalam hubungan. Kau tengah marah kau up status mengarut ngarut. Then ramai lah member member komen. Selang 2 3 jam, perasaan marah dah reda. Rasa menyesal then DELETE status emosional tu. Dah terlambat wokeh. semua kawan kawan kau dok ngumpat kau kat belakang tu. Diorang dok gelak gelak lagi kau berantakan bagai...Kau tak rasa bukak butang baju tayang dada kat orang ke? kau tak rasa bersalah ke kat pasangan? hmmm

Dan mostly yang buat ni, wanita. Wanita. Emosi. Nafsu. Seiring... Wahai wanita. Boleh tak kau jangan jadi hamba FACEBOOK. Laman sosial sebegini melalaikan. Sila berhati hati dalam meluahkan perasaan anda. Dan bukan semua benda kau boleh share dekat internet. Ingat, kawan dan musuh berlegar keliling kau tanpa kau sedari. DONT U REALISE THAT...

Bukan semua orang GEMBIRA melihat keBAHAGIAan kita.. Dan bukan semua jugak SEDIH melihat keSENGSARAan kita.

So Watch what you type for...

1 comment:

Mimy Hamid said...

eksperesi yang tak terluah depan mata beb...ko ada suami nanti ko paham la...