KUALA LUMPUR: Akibat menjalin cinta terlarang dengan suami orang sejak Mac lalu akhirnya membawa padah kepada seorang kerani wanita berasal dari Pulau Pinang apabila mendakwa kerugian RM35,000 selepas ditipu lelaki berkenaan.
Mangsa berusia 25 tahun dan bekerja di Brickfields, di sini, mendakwa berkenalan dengan lelaki terbabit dikenali sebagai Izwan secara tidak sengaja ketika dia makan di sebuah restoran makanan segera berhampiran tempat kerjanya.
Menurutnya, dalam pertemuan awal dengan lelaki itu selama kira-kira 30 minit, Izwan yang berperwatakan menarik dan menepati ciri-ciri lelaki idamannya itu mengaku masih bujang, bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat kawalan keselamatan dan tinggal bersama keluarganya di Bandar Tun Razak, Cheras.
“Sikapnya yang begitu baik menyebabkan saya begitu mempercayainya hinggakan kami pernah terlanjur dan merancang untuk bertunang hujung tahun ini. Keadaan itu menyebabkan saya tidak pernah menyesal menyulam cinta bersamanya,” katanya ketika ditemui, di sini. Katanya, satu hari ketika keluar membeli-belah, lelaki itu memberitahu kereta digunakannya milik abang iparnya dan abang iparnya meminta segera memulangkan kenderaan berkenaan.
“Dia memberitahu tidak mampu membeli kenderaan sendiri akibat mempunyai pinjaman kad kredit.
“Saya yang begitu mempercayainya menawarkan untuk membeli kereta baru menggunakan slip gaji saya dan dalam tempoh seminggu sudah memiliki Perodua Myvi baru,” katanya.
Bagaimanapun, seminggu kemudian, dia menerima kejutan apabila seorang wanita menelefonnya memperkenalkan diri sebagai isteri kepada Izwan dan sedang hamil.
“Wanita itu memberi amaran dan melarang saya meneruskan perhubungan dengan suaminya kerana tidak mahu bermadu selain memberi ingatan supaya tidak terlalu mempercayai suaminya yang disifatkan ‘buaya darat’.
“Pada mulanya, saya kurang percaya dengan tuduhan wanita berkenaan, sebaliknya meminta pengesahan sendiri daripada Izwan. Apabila diajukan soalan bertubi-tubi, Izwan akhirnya mengaku dengan statusnya sebagai suami orang.
“Ketika itu, saya cukup kecewa tetapi apabila Izwan berjanji meminta keizinan isterinya untuk bermadu, saya hanya berdiam diri, malah tetap mempercayainya.
“Perhubungan kami terus berjalan lancar hingga bulan lalu, malah dia juga sudah memakaikan saya sebentuk cincin sebagai tanda di depan ahli keluarganya di Bandar Tun Razak tanpa kehadiran isterinya yang ketika itu dikatakan masih tidak boleh menerima saya,” katanya.
Menurutnya, dia juga tidak kisah membayar wang ansuran bulanan kereta yang dibeli itu dan pada 25 Jun lalu, Izwan memaklumkan, syarikatnya menghantarnya berkursus di Taiwan hingga 1 Julai lalu dan dijangka pulang ke Malaysia pada 2 Julai.
Bagaimanapun, katanya, sehingga 5 Julai lalu, Izwan masih gagal dikesan, malah telefon bimbitnya juga dimatikan.
“Curiga dengan tindakannya, saya kemudian nekad pergi ke rumah keluarganya di Bandar Tun Razak, namun hampa apabila lelaki yang memperkenalkan diri sebagai abangnya mengaku yang dia hanya diminta berlakon di depan saya.
“Berdasarkan maklumat lelaki berkenaan, Izwan kini dipercayai sudah melarikan diri ke utara tanah air manakala isterinya berada di kampung kerana bersalin,” katanya.
Lebih mengecewakan, lelaki berkenaan memaklumkan kereta dibeli menggunakan namanya sudah dijual tanpa pengetahuan.
“Malah, saya gagal mengesan di mana kenderaan itu disembunyikan.
“Berikutan itu, saya sudah membuat aduan di Balai Polis Travers semalam (kelmarin) selepas menyedari tertipu,” katanya.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.
~Kalau cik kata dia ni hamba cinta, sebab cinta kau BODOH sekelip mata!..confirm minah yang terkena ni akan cakap 'kau tak rasa apa yang aku rasa. kau tak hadapi apa yang aku hadapi sekarang. Kalau kena batang hidung sendiri kau tau la langit tinggi rendah.'...
Masalahnye sekarang......! dah tau kau bercinta dengan LAKI ORANG lagi kau mau sambung hubungan tu kan. kenapa.. ? Lagi kau menggedik nak tunang kawin bagai. Kau tak rasa ke yang jantan ni tak mampu pun sara hidup kau akan datang.
Lepas tu, dia banyak pinjaman kredit? guna slip gaji kau beli kereta dia?.. kau hilang akal ke apa. Kau bagi kereta kat stranger yang belum tentu pun dia nak kawin dengan kau. Bayarkan kereta tiap tiap bulan. Apa ke bangang jenis spesis perempuan kau nie. Tu la, akal ada taknak guna. Patutnya kau korek harta dia. Bukan dia korek harta kau.
Ni mesti kes perempuan tak pernah bercinta. Umor 25 then cuak sebab tak berlaki. Lepas tu bila jumpa sorang laki layan romantik, dia tak penah rasa belaian lelaki then start dalam hati ada taman. Siap terlanjur bagai. Lepas tu sebab cinta sanggup buat apa saja. Apesal? hansem sangat ke laki tu? bak sini telek sikit muka dia.
Hai la perempuan..kalau pun kau desperate.. kalau pun kau cuak takde laki.. plis plis plis berfikir secara waras. Sayang tu sayang jugak.. HARTA DUIT MARUAH sendiri tu jaga... Dari kena tipu macam ni lagi elok ko single. dan bila jantan sial ni hilangkan diri baru la kau nak cuak bagai kannn... TERLAMBAT wokeh!..
cik nak gelak..nak kesian sebenarnye..tapi nak ketawa jugak dengan kebodohan perempuan ini.
Silalah belajar dari kesilapan perempuan ini
4 comments:
kesian pun ade..nk maki pun ade...
mcm dlm citer cerekarama,sabtu lepas, plak,...sbb sayang,..sanggup berhabis wang!lelaki skrg ramai yg suka ambil kesempatan! semoga kita semua dijauhkan!
bijak sgt!
tak tau nak ckp apa...aku pun sedang hamil ni...kot kot tetiba laki aku buat hal cuak gak...diammmmmmmmmmm
Post a Comment