Friday, July 22, 2011

Jadi Nombor 1


Hari tu tengok MHI, adi putra datang promote buku tips maths dia. Alah, budak yang dulu bising satu kampung terror math dari kecik tu. Umur 6 tahun dah masuk UNISEL ke ape tah. Sekarang Adi ni dah 12 tahun.

Dalam MHI tu, diorang jemput budak sekolah satu bas dengan cikgu cikgu datang nak tengok ceramah si Adi putra ni.

Si Adi ni tunjuk jalan kira maths kat whiteboard. Antara tips tips yang dia bagi tu ada tips dipanggil Sungai, Gunung,.. Bukuit bukuit.. ape lagi tah.. Dengan tips tips tu, pengiraan manual maths jadi mudah. kau tak payah pening kepala jawab exam nanti. (kalau kau takleh pakai calculator saintifik)

Lepas tu Adi cabar budak sekolah ni jawab sama soalan yang dia jawab. Tengok siapa lagi pantas... Last last cara tradisional tu jugak yang siap jawapan cepat.

Lepas tu adi putra cakap 'Saya masih baru dengan cara nie. Kena ambil masa sikit siap'...

Ouw, pandai la kau counter back yea. maknanye tak payah la jual buku tu. Memandangkan cara yang kau create tu pun kau belum betul betul paham. Camne nak ajar orang pulak, kannn.

Satu je la, Kalau pun kau expert extraordinary dalam maths. Kau dapat tawaran berkolaborasi dengan pakar pakar maths kat Universiti. Kalaupun kau punya cekal minda..

Perlu ke cakap menongkat langit. Perlu ke sambil tangan masuk poket seluar. Perlu ke silangtangan kat dada semasa bagi ceramah tu. Cara dia bercakap toksah cakap la. Cik yang dengar ni, mula mula nak admire. Sekali cakap berlagak habis habis. yang pengacara pun nampak 'lost of interest' tapi macam terpaksa layan. Serius!

Pada cik, ayah dia create seorang anak menjadi poyo. Yea, dia berjaya create seorang anak yang pandai. Bakal menjadi pakar maths yang berjaya. Nombor 1 dalam semua bidang. Tapi kalau tak di tanam sifat bersederhana. Sifat down to earth. Cik rasa dia takkan pergi jauh.

Kau ingat tak Sufiah Yusuf. tak ingat sila baca rentetan ni;

Anda masih ingat dengan seorang budak comel kelahiran Malaysia yang telah menggemparkan Malaysia apabila telah berjaya memasuki Unversiti Oxford pada usia 13 tahun. Itu adalah cerita pada penghujung 90-an yang lalu. Kemudian Sufiah telah hilang dari Universiti pada tahun 2000, iaitu ketika berada pada tahun tiga dan ketika berumur 15 tahun.

Pelbagai cerita dan kontroversi yang timbul selepas itu. Dan baru2 ini, akhbar tabloid yang terkemuka di Britain iaitu News Of The World telah berjaya menjejakinya. Dan dia kini bukan lagi seorang pakar matematik, tetapi telah berubah menjadi seorang pelacur. Bila aku membaca berita itu, aku sungguh sedih. Otak yang cerdik, akhirnya berkesudahan di lembah yang hina. What can I say. That's life!


Sudah punya contoh pun.. Lu pikir la sendirik.

Apa yang cik nak relate kat sini. Kalau pun kau rasa hidup kau dah cukup PANDAI, BAHAGIA dan KAYA.. Dalam pada kita bersyukur nikmat kurniaan Allah tu. Jangan sesekali duduk dongak langit je. Pandang pandang sikit kat tanah.

Pada cik la, tak rugi kau sentiasa tengok ke belakang. Tengok ke bawah. Atau tengok masa masa silam kau selagi itu dapat mencari kesederhanaan dan sifat tak lupa diri. Dalam kita terus jalan ke depan. Dok depan sekali pun kau nak kejar apa kann. Kau takde kawan punye.. Kalau setakat kejar pangkat, glamar, Harta kekayaan.. gerenti kau takkan pernah rasa puas..

Hidup hanya sekali, Jangan rasa dunia ni kita sorang je NOMBOR SATU!


~ Tazkirah tuk hari Jumaat

1 comment:

pembaca senyap said...

setuju2. dulu psl ubat adi putra. jadi ceo pd usia kanak2.. sema diperguna oleh mak pak dia. Ada satu program mat saleh jejak genius, and bila dia jumpa cerita pasal budak ni dah jd ceo dia pun dtglah jumpa dan di tunjuklah pasal maths mcm bukit2 tu.. mat saleh tu kecewa tul tambah2 lg bila di tnya apa kelebihan dia..di jwb boleh predict masa depan org.. ap yg dipredict?.. dia tau yang semua org akan mati pd masa depan..malu sungguh .