Thursday, June 23, 2011
Trend
Masyarakat kita ni terkenal dengan budaya ikut mengikut. Asal dengar ada ubat mujarab je terus ramai berpusu pusu beli. So yang kurang menggunakan akal tu terus cuba tanpa usul periksa. Dengan harapan menjadi seperti Tukang promote a.k.a tryer pertama tu. Jadi boleh dikatakan disini, Orang kita suka dengar rumours dari fakta..
Contoh la, masa trend kopi dalam ada tongkat ali tu. Kemain banyak syarikat keluarkan produk kopi masing masing. Konon, penambah tenaga batin lelaki (tongkat ali) dan pemuas nafsu wanita (kacip patimah). Sebenarnye barulah tau, yang orang Malaysia ni kurang tenaga batin, Eh?..!.. tukang minum tu tak kaji ke berapa peratus tongkat ali/kacip patimah ada dalam minuman tu. tak sampai 5% tahu. Ntah ntah takde langsung khasiat tenaga batin tu. In the end, kopi apa je yang bertahan? Kopi takde cap ngan nescafe jugak lead kat pasaran. Tapi kopi cap JANDA ada lagi kann.. gasak la ramai yang menjanda lepas nie.
Lepas tu, apa lagi barang yang ikut trend? ha, ubat kurus. Konon bila kau makan berkotak kotak tu boleh jadi macam model dalam paper tu. pung pang lah sana sini gambar sebelum gemuk yang amat, gambar selepas kurus yang amat (kering tak sihat). Harga sekotak bukan sebarangan. Dia ni pun tala MLM jugak. Dari kilang nak sampai ke pengguna terakhir tu dia dah mark up siap siap. Lepas tu yang beli produk tu bodo bodo je bayar beratus. kalau pun kurus, lepas kau tak mampu beli ubat tu.. kau stop je amek. berat kau naik dengan jayanya. Tak percaya? test la.. perabihkan la duit kau riban riban. kalau kau tak pandai kurus tanpa ubat ubatan. Gemuk kau takkan kemana.
Masyarakat kita ni rapuh, hidup macam lalang. Kalau femes benda A sume orang datang kat A. Kalau femes benda B semua orang tayang muka kat B. Susah sangat ke masyarakat kita ni untuk berfikir secara logik dan ilmiah. Kenapa nak ikut trend yang kadang kadang tak masuk dek akal. Contoh dressing pun cukup la..
Senang cakap camni la.. Masyarakat kita ni malas berfikir. Bagi la tahi pun. kalau tukang promote tu kata tahi tu sedap. Semua orang sanggup makan. Congrats kat Promoter tu sebab sukses menipu orang bodoh zaman nie.
~ Dalam politik pun tak terkecuali..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ko tak pernah terjebak beli ke walau satu produk cik ....hehehe...aku dh malas nak layan..dik dik ini terbek..pi dahhhhhh
assalamualaikum...akak saya suka tengok akak turun banyak..saya kecewa..saya buat atkin...ikut betul betut...setiap hari jalan kaki setengah jam..tapi berat satu kilo tak turun...hmmmph...air lebih 4 liter minum...sedihnya..bagi opinion skit..saya nak kurus sebelum raya nie..tolong la akak..jadi putus asa sampai menangis dah...
makan utk kurus kan badan ni sementara jek..bulan pertama nampak hasilnya nt kalau berhenti makan produk gedabak mcm lori tan kontena..tipu wei tipu..saya pernah terjebak satu produk lax lax apa tah nama kejadahnya..minum air tu macam minum pasir laut haram tul aku beli produk kurus penipu ni..(tiba2 emo muhahaha)
Post a Comment