Tuesday, June 14, 2011

Tips Melepaskan Diri Dari salesman/pemintak derma/flyers people


Jalan mana mana mesti ada salesman datang kacau atau peminta sedekah atau nak bagi flyers kann,

Ini apa yang cik buat..

Salesman,
~ Kita sebagai pengguna ada hak untuk buat keputusan beli barang/services dia atau tidak.. jangan tertipu dengan janji manis tukang mulut manis tu..
~ Kalau orang hulur kad kredit suruh aplai cakap je yang ' Dah berlambak kad credit.. yang ini pun saya dah ada ' . For sure dia takkan cakap banyak dah
~ Same goes with broadband
~ Kalau produk kecantikan, dia akan aplai sikit (contoh calit kat tangan tanpa permission)... sila larikan tangan anda.. Anda ada hak untuk tidak mencuba produk dia.. (agak sedikit kurang ajar promosi cara ini) Cik ban siap siap..
~ Ini lagi bengong.. Peraduan gores dan menang. Plis la jadi cerdik sikit.. kena ingat tiada yang percuma zaman sekarang nie. Dia akan korek duit kau sebelum dapat hadiah yang dijanjikan. Tapi sebenarnya anda bayar lebih dari harga barang tu. Set dalam kepala anda yang takkan deh bertuah dapat hadiah nie kecuali lucky draw dinner ofs anda. Kau gores Kau Sadis!

Peminta Sedekah
~ Tengah rancak anda berborak bersama teman. Datang pakcik buta bersama seorang celik  - baju compang camping menjual tisu , budak sekolah tahfiz (konon) datang jual kismis, jual buku islamik tapi harga dia mark up gila gila ( konsep menderma jugak) .... ke meja anda.
~ Tak bagi derma kang dia akan berdiri berjam jam lamanya kat meja anda.
~ Ini Ini.... derma secara paksaan
~ Anda berhak geleng atau berkata TIDAK.. sebab kita perlu ikhlas menderma. tapi apakejadahnya kalau dia siap buat resit paksa orang derma fix amount contoh RM10, RM20, RM50..pastu anda mendapat surah al fatihah yang dilaminate.. Apakah itu konsep derma yang sebenar?
~ Menderma harus ikhlas. Tapi kalau anda betul betul niat dengan ikhlas...boleh je derma.. mungkin hati anda suci dan bersih walaupun tahu itu konsep menipu (sebahagiannya). Takpe,, amal jariah harus dalam Islam.
~ Pada cik, biar tangan cik yang menghulur dulu..bukan tangan yang meminta.. sebab ikhlas itu penting dan perlu

Flyers people
~ ini tak serius mana
~ tapi jadi serius kalau flyers tu dia tuju kat kau sorang sebab flyers ini flyers kuruskan badan.. hahaha
~ Agak rasa terhina tak? ataupun kau memang tak berperasaan..
~ pastu lalu kedai healthy food.. Dia bagi flyers restaurant dia.. "instead u eat fastfood why not u try our restaurant"..agak bangang marketing macam nie.. orang gemuk rasa terhina tahu :P
~ okk, kalau flyers produk lain.. kau amek la kalau kesian tengok dia orang lalu lalang wat dunno huluran kertas tu. lepas lepas tu kau campak tong sampah. tak susah kannn.
~ Tapi kalau kau sayang, nak sumbat dalam beg pun takpe. its up to you
~ tapi salute la cara diorang nie. tak pernah putus asa.
~ baru sat tadi dapat flyers kat lrt. beli kereta 0 downpayment.. 'nak beli ke tak nak beli ke tak.." heh, nan ado cik beli skrg.. keta tidak diperlukan :P





1 comment:

Mimy Hamid said...

emmang leh pakai tips ko ni...aku sukaaaaaaa