Friday, June 24, 2011
KL Gangster
Lepas keluar berita filem ni capai 10 Juta, Cik nak tau jugak apa hebatnya cerita nie.
Lepas tengok semalam..hmm, expectation cik kat cerita ni tak menepati kriteria maksimum untuk mencapai 10 juta.. cik masih mencari kenapa cerita ni orang canang BEST SANGAT..
1. Mungkin sebab zizan bawak watak pak lawak.
2. Muka hensem Aaron aziz and nama dia naik sebab Nora Elena pun yea jugak kot.
3. Aksi gaduh bunyi macam filem tamil..dush dush dush
The rest, Cik kurang paham jalan cerita dia. Tak sempat paham scene ni dah keluar scene lain. Apa cite pun tak tau. kena potong oleh FINAS ker?
Cik kurang faham bahasa gangster dalam cite nie. Selain cakap jerit jerit (suara tengah marah), Lu Gua jugak banyak pakai. Yang peliknya, even melayu sama melayu pun nak cakap slang Cina melayu. hmm, bahasa jiwa bangsa. Tetibe!
Yang tak bestnya. Diorang berlakon kat petaling street. Belakang ofis cik je kot. tetiba takut lalu situ. Nampak sangat yang china town ni gangster berlambak. Jangan ada peluru sesat singgah kat cik sudah la. Kot la kannn.
dari 5 bintang cik boleh bagi 2 bintang je.
~ memandangkan ini cerita lama, tak eksaited pun nak tengok. sekadar layan heal stress.
to MIMY,
Dylan dog aku layan dengan kawan. Yang ni aku tengok sorang. Sebab member aku sume busy.. what a sedih life.. hahaha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Pergh..kira sanggup jugak lah Cik ke wayang nak tengok citer nih.
Kalo saya, tunggu je la Raya nnt.. mesti ada keluar citer² gini. heee..
Cik, saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak tergoda dengan aiskrim di Seoul Garden nanti! ;p
lagi satu sebab 10 juta aku tambah...yang menonton mat rempit..mat drift...klu ko pasan citer lawan gaduh mmg box office...kekdah nya gitu kan..
a ah, setuju, byk org kita berangan gangster... tuh yg ramai tengok tuu.. heehehehee
hurm tak layan filem myu citer gempak jalan cite gelong mcm tayar basikal pancit :)
Post a Comment