Wednesday, June 8, 2011
How Life Kau Lepas Kerja
Sejak dua menjak ni, balik kerja je terus lepak depan tv. Sampai rasa tvholic pulak sekarang nie. isk, itu tandanya cik kurang aktiviti. Risau betul kalau oneday jadi kaki tv.. serius babe... takmo ar anti sosial.. :(
Kalau dulu banyak inviting kawan ajak cik keluar. tapi sekarang ni.. haih, sepi je.. Mana korang wei.. ouw, lupa ramai dah kawin.. Ini nota serius babe. Once kawan kau dah kawin. Kau akan rasa kehilangan sorang demi sorang kawan kau. Walaupun korang boleh je kuar lepak lepak tapi keadaan akan berubah.. Sekarang dia akan angkut sekali laki masing masing. kalau single kau angkut apa...Angkut la bakul sendiri! Nak sembang pun topik terbatas. takleh topik lucah sangat. Kang ada yang sangap. Eh?
Sabtu Ahad pulak cik akan menggigil keGianan kalau takde aktiviti. Serius babe. Panas bontot ni dok rumah. Cik bukan lah kaki dok rumah. Cik kaki jalan.. Kalau bengong sangat dok rumah. Cik akan tawaf Jusco 3 kali sehari. Pagi, petang, malam complete full set.. Kau ada nak window shopping banyak banyak kali? Gila la kau sorang sorang layan jusco.. kalau muka cik ni ada sticker. Confirm orang cop cik staff jusco..huhu
Kalau cekai boring tahap bengong pun, cik akan pi umah kawan kat bukit jalil. Layan swimming pool.. mengadap la muka kawan tu sampai penghujung ahad. Tapi cik suka selagi happy..
Sekarang ni kalau stranger nak kenal cik taktau kenapa akan fikir negative dulu. CONTOH... motip dia berkawan sebab dia nak jual insurance.. takpun promote join MLM.. takpun still cik akan carik sampai lubang cacing 'apakah motip kau nak berkawan dengan aku?'..gila tak gila kepala negative cik sekarang nie. Kalau orang tu kata im self employed lagi la cik berjaga jaga.. erk, ni takleh wat kawan ni... tak bley tak bley.... Band MLM siap siap.
Lepas tu kalau ada orang datang dekat nak kenal lebih rapat. Ouw ini lagi bahaya. Cik akan fikir.. Erk, kau ni ada bini ke belum? ke kawin PJJ? ke... gersang nak carik kekasih gelap... Then tengah tengah siasat tu, cik akan TAK berperasaan bila dengan dia. Kalau suka cik akan cakap suka dari awal. Kalau tak suka.. Cik tak akan bagi harapan pape. Treat aku sebagai kawan. jangan layan lebih lebih plis...
Kalau mesej pun.. kau akan boring mesej dengan cik. sebab kau akan terima lambat gile reply mesej dari cik. Cik tak suka mesej, Cik suka bercakap.. jari jari cik nak simpan tuk sarung cincin nanti. Eh!. Lagipun cik lebih suka lelaki pakai suara, bukan hanya pandai mengarang ayat. Time ni lah nak uji perangai dia camne. kau tak kedekut nak invest sedikit duit, masa dan suara berborak dengan cik..... kau boleh go on further. heheh
Harap dengan terkarangnya entry ni, setiap hari weekdays cik tidak lagi anti sosial.. :( dan harapan hujung minggu cik pack dengan jadual sosial sosial yang berfaedah.. Dan Kepada sesiapa nak kenal cik bersedialah dengan bill telefon bakal di bar.. tapi tapi tapi demand cik tak tinggi kan kan kannn..
hehehe ~ Jangan fikir orang gemuk kena terima je yang lalu depan mata. Kita juga ada hak untuk memilih babe! :) cheers happy life!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
yer la beb ..akus ejak kawen life kureng sket..tapi kadang tu terbabas aku hangkut je megat join sekaki..dia layan kan aje..dah bini byk kawan...x rated ke tak..hantam saja..terkeluar tu nasib ar..hihihi
p/s: eyeshadow coklat berlambak weh..RM12 je semua..till 14 june..gi cepat terjah..
memang dah lepas kahwin nih aktiviti bersama kawan-kawan sedikit terbabas, hanya boleh consider pada weekend saja untuk fully hangout. huuu
life lepas kerja sekarang nih adalah balik rumah, mandi, kemas rumah, solat, makan, layan FB, blogwalking dan kemudian tidur. Whoa! Cik lagi syok kot sebab dapat gak tengok TV. ;p
Post a Comment