Thursday, June 23, 2011

Coleslaw kampung dan Ayam Marinate


Kau kalau hari hari telan makanan yang sama. Confirm cepat loya.. bukan takat muntah hijau, muntah darah terusss

Sooo, kita kena pandai improvise. Harus makanan tu nampak sedap, tekak pun sudi telan.


Hari ni cik buat coleslaw kampung and ayam marinate.

Coleslow ni cik letak kobis, kobis bunga (rebus jap kasi empuk), carrot cincang, bawang merah, cili padi (WAJIB). pastu letak mayo n pepper. Kacau. Lagi pedas lagi sedap

Ayam marinate pulak, cik pakai resepi mak. Macam resepi sate tapi tak kuasa deh cucuk lidi bakar atas api. Cik potong ayam dadu pastu masuk microwave. setel! marinate dah buat 3 hari lepas. taruk esbok atas.

Kau kalau nak diet sekalipun makanan tu kena la sedap. kalau tak ko tak hepi pastu perut tak kenyang. Serius. MAKAN ITU KEPUASAN. So Pikir pikirkan cara improvise makanan sendiri.

Ha, tak sempat?! ek eleh..jawapan standard. sempat sempat kan la diri anda diwaktu pagi. kata kan gerak keje kul 7, ko bangun la awal. takkan kuar kul 7 ko bangun 655 kot. Celah mananye ko nak masak. Pandai pandai la kau set timing sendiri kalau nak wat bekal pi ofis. Katakan kau ada anak. Bangun la kul 3 kalau itu timing yang dapat bagi space ko masak bekal.

So lagi seminggu nak habis bulan nie. cukup 30hb nanti cik akan announce yang sebulan tanpa fast food berjaya. Kau mesti cakap ini dugaan bengong an. tapi kau tak tau situasi cik kat sini. yang fast food merata merata. Even kau pi keje pun ada orang bagi flyers fastfood diskaun sana sini. Dan dugaan harga fastfood sama tala je dengan harga kedai biasa. So kenapa harus TAK pilih fastfood kann.

Kat rumah pulak Jusco hanyalah 5 jengkal dari rumah. Dan dalam jusco, fastfood mak aii meriah nak mamps. Adakah kau tidak tergoda kalau kau jadi cik. tettttt.. wrong.. kau pasti akan tergoda punya. So dalam kepala ni cik cakap yang buruk buruk je pasal fastfood. It works. Cik jengah pun tidak sekarang nie.

Pengaruh kawan. Ouw, ini lagi la amat kuat. Sometimes, cik set date dengan cakap.. nak sembang kita carik taman ke kerusi ke.. bukan sembang sambil makan aaa. kalau u lapar.. i pi teman je. Jangan paksa i makan sekali. See, it works. Kalau tengok wayang sekalipun. Jangan beli popcorn bagai. kita bawak diri je. Dengan alasan kang terkencing terberak maleh kuar pi toilet. Bley..

Ko buat la alasan bangang sekalipun. kalau itu dapat menahan nafsu kau dari bermaharajalela..

Eh Eh, maharajalawak dah final ek Jumaat nie..! (tetiba lari topik)






5 comments:

Mademoiselle said...

cik ayam tu sedapnyeee.... =)

N a d i a said...

Sedapnyee ayam tu! Dah peram 3 hari, lagilah terasa sedap rempah ratus nyee..


Betol, betol setuju. Harus pandai improvise makanan supaya kita rasa syok bila makan..


Woo.. dah nak dekat sebulan tak g fast food? Terbaik, I salute U Cik!

Mimy Hamid said...

rajin giler cik xxx....habis la aku kalau umah sekangkang kera depan jusco...pengsan...kfc hr tu sbb dah lama tak makan cik..so makan la sbb mendidam sesangat..mengalir air mata tu br leh kuar

noradzlina.kamdani said...

pandai cik memotivasikan diri dr menjengah ke fastfood...
kagum.
sgt setuju..MKN ITU KEPUASAN.

aida-myasara said...

mcmana resipi ayam marinated tu cik xxx wat nampak sedap jek ...