Semalam cik pi jusco. Mana lagi nak pegi kann. 5 minit dari rumah je kot. kadang tu weekend boring boring tahap dewa kat rumah, sampai 3 kali sehari cik tawaf Jusco tu.
E eh, semalam jumpa Myoliza. Sempat ucap sepatah dua kata.. wow, slim mlim betul akak ni.hmm, bila nak jogging sama ni kak.. tunggu stamina cik super duper hebat ek. boleh ar nanti kita compete kat titiwangsa.
Cik teman housemate cik beli bra. Cik perasan, tak kira shopping mall mana pun. salesgirl area jual bra ngan spentot ni suka raba raba badan orang lah.. iyea, tau. memang la sesama wanita. tapi patutkah sesama wanita perlu diraba raba. Contoh dia promote bra yang boleh sembunyikan lemak lemak tersentil. perlu lar tangan mengewai ngewai lemak celah ketiak customer. ha? perlu lah...?
pastu cik perasan yang punya kerja ni bese salesgirl cina ditambah lagi pangkat veteran. Pendapat cik lah. kau nak jual bra atau promote.. memang lah digalakkan. Sila keluarkan modal suara anda. Pastu boleh carikkan saiz yang customer nak. kadang customer tak reti nak geledah satu satu jenis bra yang bersusun cantik tu. yes, kau boleh tolong. Tapi kalau sampai nak meraba breast dan kawasan sensitif customer...tak perlu kot. Do i know u? u are stranger u know. kau kawan aku ke nak raba2 bagai.... tak ramai customer perempuan selesa diperlakukan begitu. tak kisah lah perempuan tu kurus kering ke gemuk gedempol ke. ini sudah melanggar hak asasi manusia.. ini tak boleh jadi. adakah ini tergolong dalam 'SEKSUAL HARASSMENT'?.. fikir fikirkan hak anda :D
Lagi satu salegirl yang cik tak berkenan. Contoh pegi guardian. Cik tengah melilau carik losyen cap kegemaran. Salesgirl tu datang tanya carik apa. pastu cik cakap la carik vaseline kaler hijau. Dia tayang losyen lain. Nivea ke hape tah. cik bukak penutup nak bau. Euw, tak best kat hidung. cik geleng tak mau. Pastu dia kata 'aiya, amoi. ini losyen ar tengok dia apa function. bukan cium itu bau saje'. cik cakap taknak. eh, suka hati la aku nak cium ke apa. yang pakainya aku. Kalau function dia hebat giler memutihkan kulit sekalipun kalau bau dia macam belacan sape nak beli. Pigi ar promote kat orang lain.
Kalau part barang personal care cik akan utamakan bau dia. pasal hidung cik ni sensitif pada bau bauan. kalau bau itu menganggu hidung cik atau menstresskan perasaan cik dengan bau tengik. Confirm selang beberapa minit akan terjadinya asthma. Jadi biarlah cik beli benda yang baunya cik suka. hak individu kann..
Sambung cite tadi, Salesgirl tu tak puas hati. Dia picit losyen tu kat jari pastu nak calit kat lengan cik. E eh, ini sudah dinamakan paksaan. Kan cik geleng tadi kann. kau nak paksa jugak aku cuba ek. 'i tak interested. kenapa u paksa i try jugak nie?'..hah, ambik kau. hilang sabar betul ngan salesgirl macam nie.
pastu cik capai vaseline yang bese cik pakai tu then cepat blah.. dan salesgirl tu pun sekaum dengan yg kat atas tu.
ok, tutup kisah salesgirl-suka-meraba. Cik jalan jalan lagi pastu nampak mamat ni pakai baju bercop
ouw, tak nampak tulisan ek..jap jap
PORKCHOP? ada jugak ek.. ingat kan chicken chop, beefchop, lambchop je ada.. Jangan kau tak kenal daging pork camne sudahlah.. takut termakan...kau boleh beza tak daging dia camne? kau boleh cam tak bau dia camne? Ini pengetahuan am jugak nih. orang Islam kena amek tahu jugak semua nie. takut kau tak makan babi tak sebenarnya kau tak tau pun yang kau dah termakan babi. sebab innocent punya pasal. so hati hati k bila makan kat luar tu..
so itulah cerita hari Ahad cik..
1 comment:
hi,cik,..tak sangka jumpa kita kt jusco,ya..akak,boring2 mana lagi mau pegi,...jusco laa,..;D
Post a Comment