Friday, May 6, 2011

Mintak MC Sebab Open Pores... Must Read

Mungkin kisah ini lapuk. Tapi cik baru berkesempatan nak cerita (tengah takde keje)..

kejadian ini berlaku bulan lepas di klinik kesihatan setiawangsa. Cik demam cukup pakej plus semput. What you aspect service government. services tak cukup 2 jam dan ke atas memang tak sah la. Lepas ni mesti ada tagline ~KLU SERVIS CEPAT, JANGAN PANGGIL AKU GOMEN~ di tampal di setiap kaunter gomen. :)) hahaha ok, tak lawak (ampun orang keje gomen)

Masuk bilik doktor selepas 2 jam lebih menunggu. doctor cek punya cek. suh cik gi wad kecemasan amek Nebulizer (gas) plus injection.. doktor marah nape tak masuk terus wad kecemasan dari tadi. Rilek la, i can manage my semput. dah bese.

Pi bilik rawatan, MA baca kad yang cik hulurkan pastu dia tanya "sape Z******H? kawan ek...". "tak. saya la" "ish, dah teruk nih, meh meh.." dengan gabra nye.. ini satu lagi. Nak mencuak pulak. Rilek la.. takat semput je kot. Belum collapse lagi pe.. cik masih steady

Dapat injet 2 kali. yeay! awsome sgt la..

                                                                   comel kan... kapas tu

Yang injection awal tu tak jumpa urat...urat serabut punya pasal.. yang kedua baru lepas ubat masuk badan. pastu cik balik semula ke bilik doktor. ketuk pintu, e eh ada patient la..tak pe ar, ada kerusi dalam bilik tu. cik duduk.. mendengar perbualan ini

doktor - sakit apa ni

pempuan - muka i dapat alahan. open pores.

doktor - ha?

pempuan - haritu i pi face trimming.. lepas tu jadi macam nie

doktor - saya bukan pakar kulit. awak ni patut tanya beautician. Bukan tanya saya.. pegi balik kedai yang awak buat tu la

pempuan - tapi kawan i sarankan jumpa doktor.

doktor - betul, tapi saya tengok muka awak takde pape masalah. Awak tahu tak ini bukan bidang saya?

pempuan - hmm.. (sambil main main dengan telefon)

doktor - saya boleh bagi awk krim je. (sambil tulis slip ubat)

pempuan - doktor, boleh i amek mc tak. patutnya harini i keje

doktor - (berkerut) masalah awak ni tak kritikal.. in fact muka awak tak nampak pun iritasi. takde merah2, or ruam ruam. saya tak boleh bagi awak MC..

pempuan - hmm (sambil main main lagi henfon, riak muka tak puas hati)

doktor - kalau patient macam kat belakang awak tu baru saya boleh bagi MC (talakan kat cik). Straight away...

Pempuan tu bangun sambil keluar bilik doktor dengan muka tak puas hati.. dia hempas pintu wokeh!..

Pastu, doctor panggil cik nak cek dada balik..

Doctor - kelakar la. ada jugak patient macam nie. OPen Pores? mintak MC? isk, penat layan perangai orang macam ni (sambil gelak)

Cik - haha (gelak sedapkan hati doktor)

Tau tak OPEN PORES tu sakit apa? liang roma terbuka.. itu lah penyakit pempuan tu tadi.. Yang cik tak tahan tu pempuan ni nak cover malu punya pasal pegi main henfon. Konon taip mesej la. Kau tau tak kau sedang bercakap dengan doktor. Doktor yang merawat kau. You should be respect u know!.. the one who give u services... free pulak tu.. Memang patut pun tak dapat MC, dengan penyakit kau tu plus kau sangaaaat la rude. Kalau cik jadi doktor, wajib gelak depan depan pempuan tu. mujur la Doctor yang real ni respect jugak depan patient.

Cik bugdet dia ni datang klinik dengan satu niat je. MC..nak ngelat keje. nak MC free punya pasal dia datang ke klinik kerajaan. weh, kau tau tak hospital gomen ni kedekut MC? tau? sebab doctor bagi kat orang yang betul betul sakit je. Dulu even cik demam teruk nak mampos pun dia bagi time slip half day je. Gilak tak? Kau yang tak berapa nak sakit tu tak yah la buang masa pi klinik gomen.

Cik pulak, beria datang jugak klinik gomen ni sebab kos perubatan cik tinggi. Dengan inhaler lagi, nabulizer lagi, injection lagi, stock ubat nab kat umah lagi.. kalau amek kat klinik swasta maunya makan ratus ratus duit. Jalan selamat pi jugak la klinik gomen walau pun servis nan ado. pasal company cik kedekut takde klinik panel. semuanya ditanggung sendiri.

Kelakar la Pempuan ni mintak MC tapi tak sakit. haha!

Anda jangan jadi macam dia wokeh! malas keje pi mintak mc kat klinik swasta. tipu je yg kau period pain. sure dia bagi punya.. nak duit ko punya pasal kann..ada duit sume jadi.

Its all about bisnes beybeh!


















3 comments:

Anonymous said...

macam sial. aku keje hospital. ade pesakit datang beriya buat xray. bler aku ty knp dia jawab 'xberak 2 hari' ape kejadahnye weh ko p mkn julap je dh la. membazir xray kat badan sedirik.

no display name said...

salam cik,
saya silent reader cik:D..dah lame bace blog cik..ni bru bace balik sbb bz x sempat nk melawat blog cik. saya doakan cik sentiase sihat la..risau bce entry cik nie..keep up with diet and exercise..cik boleh punye.:).

-eqa

Anonymous said...

Bodoh betul. Whenever i feel like...i wanna m.c. I just go to the clinic that i always frequent. Cakap straight 'dr. I tak nak g kerja ari ni. Otak bengkaklah' usually dia akan tanya nak sehari ke dua hari. Done! Dr. Pun manusia jugak...paham...kalau dah regular patient berdekad lamanha ... dia akan tolong.kat opis pun hr tak suspect ape ape...sebab bill dari klinik yg sama for the past xx years. I dah nak pencen dah...and have been doing that for ??? Decades of my life as someone's kuli. Kalau tak caya cubalah!