Siapa tengok cite 360 kat tv3 minggu lepas? Pasal karaoke..
Ada mak moden bawak anak 3 tahun pi layan karaoke dengan kawan kawan dia. apa pendapat kau?
Pada cik, kalau niat mak dia bawak anak tuk datang makan, lebih elok bawak anak tu makan kat restoren then lepas tu bawak balik rumah. Walaupun pusat karoke tu dilabel FAMILY KARAOKE.. tapi awal awal kau dah rosakkan anak kau. baik ajar dia benda berfaedah, ajar mengaji ke. Kalau nak berhibur sangat kat rumah pun boleh berhibur. Banyak aktiviti boleh buat bersama anak. apa, kau nak ajar anak kau jadi artis ke? buat rosak budak budak je. Sekalipun kau gian sangat nak karaoke. tinggalkan anak kat laki. hah, ko gi la berjimba kejap releasekan tension.
Dan ada pulak warga emas datang karaoke tempat terbuka. Ok la, karaoke tu tempat terbuka. yang datang menyanyipun warga warga emas je. ada yang suami isteri dengan alasan memang dari kecik menyanyi. tapi makcik pakcik.. lagi elok beli set karaoke kat umah. layan kat umah lagi afdal. boleh peluk peluk.., ada tu pakcik yang datang sorang dengan alasan tension ngan anak anak. Wow, tension ngan anak kau layan karaoke. kalau kau tension ngan bini, kau gi mana pakcik?.. Walau pun karaoke ni taraf kampung kampung punya tapi sangat mendapat sambutan.. tapi, makcik pakcik? malam malam dok rumah je lah..sesuai dengan usia. umah kata pergi kubur kata mari.
Dan ini lagi mengharukan, ada karaoke terbuka dalam hutan nama RIMBA.. macam clubbing cuma tempat terbuka. ada orang karaoke dan ada terkinja kinja menari kat depan pentas. Ini gila punya tempat. Walau pun dah letak sign, no drink no ecstacy no unmoral activity still cara diorang berhibur theres something wrong somewhere. Dah serupa tak betul.. Still cik budget diorang ni ramai indon. yea la nak masuk red box tak mampu kannn.. cepat lah pihak berkuasa datang rush tempat macam ni. banyak benda buruk dari baik tu..
Yes, Cik suka karaoke. Tidak dinafikan suara cik sedap menSUMBANGkan lagu. Dan cik datang karaoke dengan kenalan rapat. tak roomate cik, dengan kawan rapat cik. Takpun kami datang ramai ramai by group. hah nyanyi la kau sampai pengsan. Kalau by group tu tiada unsur unsur lucah even berpegangan tangan pun takde. inikan pulak nak berciuman.. nope.. semua dalam kawalan. kami enjoy tapi masih ada batasan.
Tapi ada segelintir masyarakat yang band sungguh sungguh orang yang datang ke pusat karaoke. Kononnya meruntuhkan akhlak. Gila babi ni sumpah seranah orang yang suka menyanyi ni. Dalam kepala diorang fikir semua negative site. ada pempuan dok atas riba. ada air setan. ada menari macam orang gila.. Eh, itu standard karaoke cina je weh. Kalau kau pegi 5 star punya karaoke semua tu takde la.. CCTV merata merata. kau berani la nak cium bagai. sat sat diorang datang jenguk kau buat apa. Ke yang kutuk kaw kaw tu kau takde bakat. menyanyi tahap suara lekat celah kerongkong. ke kau sengau nyanyi kot hidung. untuk menutup kelemahan kau tu kau cakap la yang kau anti karaoke.. kannn
Kalau orang tak minat nyanyi, diorang tak heran deh nak kutuk bagai. Diorang mesti dok diam atau menolak cara baik kalau takmo karaoke. Dan diorang takkan blame bila orang menyanyi. Sebab diorang ada pengalaman pi karaoke teman kawan kawan..
Pada cik, karaoke lepas tension. yes boleh. serupa jugak kau main futsal petang petang tuk lepaskan tekanan keje. pi karaoke tapi dengan gaya yang betul lah..Pada cik sampai satu tahap kita kena berubah. sesuai dengan umur, cara hidup, dan komitment yang kita ada. Bukan umor semakin meningkat still tak sedar sedar diri. itu salah la.. Bukan sebab orang pandang serong je. Tapi hati. Hati pandang serong tak dengan diri sendiri. Sendiri punya akal fikiran sendiri jaga la ok.
sampai satu tahap..Start umor angka 3 je kat depan. Cik akan cari hobi lain untuk lepaskan tension selain menyanyi. Nyanyi suka suka boleh la.. nyanyi dalam kereta..
Tapi malam ni kawan cik ajak karaoke sebab dia dah habis exam.. huhu, ok. siap.. malam ni cik nak duet lagu cinta.. lalalalala
1 comment:
hmm ingat kite jek xberkenan dgn isu karok kt 360 tu...
by right betul la mcm cik ckp..jgn le ajak ank yg msh kecik g karok... pe la kn...agak2 la klu nk rapatkan hubungan dgn ank...
yg pak cik2 n mak cik2 tu hu hu hu..segan tgk...diorg xsegan plak joget2 kt depan tu
Post a Comment