Perempuan ni kadang kadang suka menyusahkan diri sendiri. Pada pendapat dan pandangan mata cik lah. Cik ni wanita sesimple yang boleh. Simple yea. bukan selekeh.. masih menekankan aspek aspek kebersihan la..
Pada mata kasar cik, ada perempuan suka menyusahkan diri sendiri, contohnya
1. Carry beg sampai 3 4 beg pi keje. Fungsi beg adalah untuk menyumbat barang. apa kejadahnya kau beli handbag kecik yang hanya boleh disumbat purse dan henfon sahaja pastu kepit kepit kat celah lengan. Pastu bawak lagi green bag tuk bekal,. pastu briefcase lagi.. Serabut betul mata cik tengok. Rasa kau sangat susah bawak segala macam beg tu.. Ouh, lupa.. handbag kecik ko tu berCAP LV rupanya. Tapi tapi tapi, kau naik lrt jugak aku tengok.. muehehehe!
~ guna la cara cik.. cik benci pegang barang. untuk mengelakkan barang tertinggal di merata tempat. Cik mempunyai satu beg yang besar. bila shopping pun boleh sumbat sampai kembong. adakah menyusahkan bahu kiri kanan, tangan kiri kanan? nope..
2. Apa kejadahnya pakai gelang kaki kting kting mencacatkan pendengaran orang lain. Apa kau ingat ini acara tarian india nak pakai gelang berbunyi? ataupun kau BERTUAN..maksudnya macam kucing di letak loceng supaya menyenangkan tuan dia carik? ha? pakai gelang kurang bunyi suddah.. orang tak peduli pun kau tu banyak duit beli gelang emas ke apa bagai. Dan orang taknak amek tahu pun kau tu telah dirantai atau segala apa pun. Dah la pakai gelang kaki, pastu jalan serupa kingkong. Hentak 1 hentak 2.. lagi dan lagi.. Suke complikated kan diri tau..
~ Cukup sekadar rantai pusaka dicalit nama cik. hadiah dari mak. nama nak pakai gelang tangan berbunyi pun cik dha rimas. But im stil women okk.
3. Heel 4 inci tapi kau jalan macam tahun depan baru nak sampai destinasi. yes, paham. wanita sanggup berperit untuk kelihatan cantik. tapi dari tengok cara kau jalan orang boleh nampak yang kau tu tak selesa nak mampos. Tiada istilah cantik lagi disini. Bukan jalan catwalk dah namanya tu kalau menyeksa diri terhenjut henjut dengan heels. dan cik sure, kalau bagi selipar jepun sure jalan kau lagi terabur dan kengkang dari orang selalu berselipar flat. kenapa? sebab kau jarang merasa nikmat berjalan dengan sempurna. Am i rite.. Tanya la perempuan yang pakai heel perasan cantik dan selesa yang amat tu..
~ Cik sesuaikan penggunaan kaki dengan event dan situasi. tala tala nak pi keje jangan mimpi la pakai heel. Nama nak kejar LRt lagi.. heh. sempat kot cik tersadung dulu . tapi cik still pakai heel dan pastikan beli heel selesa yaRabbi..
4. Tak boleh tengok orang lebih dari orang lain. Yes. perempuan ni nafsu dia 9. yea betul. tapi kadang kadang perempuan ni tak realistik. Ikutkan nafsu lebih dari kemampuan. Orang beli barang cap jenama kau pun ikut sama nak beli. walhal tak sedar diri yang gaji kau tu nak makan pun tak cukup. Bila orang beli cap hebat kau pun nak jaga status ikut sama terbeli. Beli cap ayam sudah. apa nak malu pakai cap ayam kalau kau tu sedar diri orang nya. Dan orang takkan blame kau la kalau kau tak mampu. Ada orang taknak kawan dengan kau sebab kau pakai cap ayam. ada? ke kau yang malu dengan diri sendiri..
~ bagi cik. even barang cap ayam sekalipun. orang akan pandang mahal kalau kau reti menggayakan sesuatu benda. kalau kau beli mahal tapi orang cop kau beli kat petaling street, tak ke rugi disitu. sebab.. orang still cop kau murah walau pun kau pakai barang ori. ukur baju di badan sendiri babe.
kalau kau saiz XXL jangan pulak rembat baju saiz S. memang tah zaman bila la kau dapat pakai baju tu.. See the relate issues here.. :D
3 comments:
hahh!! mati laa.. rantai tangan aku ade loceng.. tapi takpe.. aku kan kiut macam kucing.. meoooww!
-KuraKura-
Alamak.
Saye g keje memang ada 2 beg.. 1 beg letak wallet, hp, kunci, buku kira-kira, tag kunci, lipstick, compact powder dan tag parking.
Lagi 1 beg letak botol air dan bekalan lunch. Harap orang yang tengok saya tak terasa serabut. ekekke..
Hmm.. yang gelang tuh memang tak pakai.. ade cincin je. ;p tapi memang rimas kot dengar bunyi-bunyi nih macam nak tarik perhatian je..
Heels, no komen. (sebab tak pernah pakai heels tinggi gila)
No. 4 paling setuju! Macam entry Cik sebelom ni.. "belom tentu ko pakai baju yang sama dengan orang lain ko nampak cantik sama macam orang tu"
Sebab tuh kita ada family and friends right? Untuk perbetulkan diri kita mana yang salah.. =)
Sumbat everything in a bagpack. Penyamun pun fikir dua tiga kali nak rembat.
Post a Comment