Monday, April 25, 2011

Salahkan Kantin Sekolah Anak Kau Gemuk. Tak Sedar Yang Hari Hari Kau Bagi Anak Kepsi Mekdi


KUALA LUMPUR - Sikap ibu bapa yang memandang remeh amalan pemakanan sihat seperti membiarkan anak-anak kerap menikmati sajian makanan segera yang banyak kalori didakwa punca utama masalah obesiti pelajar di negara ini.
Pakar Perunding Makanan Persatuan Pakar Diet Makanan Malaysia, Indra Balaratnam berkata, amalan pemakanan yang sihat bermula daripada sesi sarapan di rumah tetapi hakikatnya ia jarang diberi perhatian.
"Disebabkan sibuk dengan kerja, ibu bapa terlepas pandang aspek pemakanan sihat dan menyebabkan anak-anak terdorong menikmati makanan segera dan tidak berkhasiat yang mempunyai tahap kolesterol dan kalori tinggi," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian mengulas laporan muka depan Kosmo! Ahad semalam mengenai punca utama obesiti di kalangan murid bukan semata-mata kerana nasi lemak.
Indra mengingatkan bahawa sikap ibu bapa tidak memandang berat amalan pemakanan yang sihat itu akan memberi kesan buruk kepada proses pembesaran anak-anak mereka kelak.
"Lebih memburukkan, ibu bapa sendiri tidak mengamalkan tabiat pemakanan seimbang di rumah dan ini mempengaruhi anak-anak mereka," katanya.
Beliau berkata, ibu bapa sepatutnya prihatin mengenai pemakanan kanak-kanak sama seperti mereka mengambil berat terhadap pencapaian akademik.
~ Dicilok dari Kosmo
kesian cik tengok budak budak makan fastfood. Dulu dulu time cik, merasa kepsi bila ada birthday atau kakak dapat first gaji je. itupun setahun sekali je kot. Tapi budak sekarang. nak nak lagi orang bandar. hari hari dowh makan fastfood. tak makan dining.. order delivery.. gilak ar..
kesian ke anak anak kurang kasih sayang air tangan mak. sebab salah satunya mak tak pandai masak. Dan PEMALAS. pastu salahkan sekolah lah yang anak kau tu gemuk.
see the relate issue is! Sebab tu bila mak pak komen dalam berita haritu pasal kantin sekolah perlu menghentikan jualan Nasi Lemak sebab budak sekarang gemuk. I said BullShit..!
inilah dikatakan sendiri tersepak, batu disalahkan

2 comments:

Mimy Hamid said...

yer ar nasi lemak berpuluh tahun..aku salahkan kepsi dan mekdi gak

Orchid said...

mkn nasi lomak kt kantin sekolah kemain diperkatakan penyebabnya anak23 gumuk..tapi bila weekend or malam..mak maleh masak..pakat makan luar je...order tuh sikit nih sikit..lbh krg sama jer kalori nasik lomak..suka dengar anak buah ai yg usia 3 tahun cakap..nampak jer 'M' (macdonald)..tuh apeeee?...MMMMMMM...M tuh ape?..M untuk MALAS MASAK!!..terkesima aku! bijak bijakkk ;)