Monday, March 14, 2011

Pujian, Perlian, Tahap Konfiden Anda Menerima Sesuatu

Adakah anda seorang tak terima pujian? atau takut untuk menerima pujian?

setiap kali orang puji mesti kau pikir lain. ' eleh, nak perli aku lah nie'

ada? ada?... eleh, mesti ada punya..

kenapa jadi begini. Mesti ada sebab punya.

situasi 1

sebenarnya tahap konfident kau adalah di tahap bateri fon dah nak kong. sikit sikit bunyi beep beep beeeeeppppp. Dalam kepala kau tu hanya bersedia mengolah ayat pujian orang kepada negatif.

'e eh, akak nampak lain la hari ni.. cantik tudung..' - Pujian ikhlas nie

' yeke? ke macam indon. Tudung nie tak kena dengan akak kannnn' - Tuan badan rasa perlian..

See, kepala fikir negatiffff je.. ce cakap

' yeke? terima kasih. akak tak berani pakai tudung ni sebenarnya. rasa lain matam.' - kan lagi elok jawab sebegini. si beri pujian juga tak rasa bersalah.


Situasi 2,

 Bila di tengah orang ramai. setiap kali anda lalu ada orang merenung anda. tak muka, pandang baju anda..

kau mesti pikir 'eh, apa tak kena dengan baju aku yea? ada yang tak kena ke? ke muka aku banyak jerawat?'

ada? mesti ada punya. tahap kenegatifan fikiran anda adalah sangat hardcore. Apa lah salah mata orang untuk melihat. bukannya anda tak berbaju. atau jika berbaju pun berlurah dendam. tidak bukan?

kenapa tak pikir macam nie ' eh, mamat tu pandang aku la. mesti sebab aku ni cute. berseri. baju aku pakai ni menyerlahkan lagi ketrampilan aku. well, time kasih yea mamat'

situasi 3,

Bila kau masak dan kau rasa tak sedap pun sebenarnya tapi tukang makan puji kau melambung. Hakikatnya memang termasin termasam termanis dan sebagainya.

Itu hanyalah penyedap kata untuk menjaga hati tukang masak supaya dia tak terasa yang masakan dia realitinya memang tak sedap atau biasa biasa sahaja.

Jangan lah kau terima pujian itu sebagai

'eh, memang aku pandai masak. sok aku masak lagi naaa..'

oh noo, ko dah di tahap konfiden level sangat tak boleh blah dah nie. Anak tekak kau mana. tak leh rasa sendiri ke masakan kau sebenarnye tak sedap. atau kau tak dapat menilai orang memuji atau penyedap hati sahaja.

MORAL of the story.. pandai pandai lah menerima pujian. menimbang tara dan mengolah apa maksud sebenar pujian itu. Ikhlas atau semata penyedap kata.. jangan terlebih down atau over perasan k

~ tak hidup dek pujian tak mati dek kejian~

Bye

1 comment:

N a d i a said...

Hmmm.. pernah berlaku pernah berlaku.. tapi sekarang bila ada orang bagi pujian / perlian, cuba untuk berterima kasih dan senyum sahaja kemudian berlalu pergi.. hehehhe..

kadang² rasa dalam hati ada tamann Ooo bila orang puji. Nasib baik tak selalu orang puji, kalau tak mau koyak seluar setiap hari. hahaha