Dulu dulu, masa berat cik bertambah dengan jayanya. Masa ni jangan harap la berat akan turun atau berat statik satu angka. Dia akan naik naik dan sampai paling tak tercapai akalku 103kg. Time ni period cik sangat tak teratur. Ikut dan dia nak datang ke tak nak. Pastu sign datang tu takde langsung. tup tup je kuar darah.
The worst part is period pain dia sangat la hardcore. Cik guling guling pun tak jadi apa. Tetap sakit. Letak tunku pun tak berkesan jugak. Jangan kau mimpi makan pain killer ke hapa. tahan je kat situ. Fuh, lepas period pain menyakitkan tu mesti keluar segumpal darah. Daging actually kan? Gilak experience kaum wanita ni kann.
Tipu la kalau cik tak risau period dok main main je dengan tubuh kann.. Lepas cik lose weight sikit sekarang nie. Period jadi teratur. tiap bulan mesti datang dan the best part is cik tak rasa period pain dah sekarang. U know why? sebab cik telan EPO. Memang terasa sangat beza dia sebelum dan selepas amek EPO.
Satu, period datang boleh dijangka. Ada tanda tanda dia bagi dulu. contoh sakit belakang dan sengal badan. Kedua, hari pertama dan kedua period cik tak rasa pain langsung. Boleh gi joging dan buat aktiviti yang cik suka. ketiga, flow period sangat smooth. Takde ketul ketul yang keluar. hak ketul ketul ni la buat sakit perut kan.. period pain tu la.. kalau darah kuar elok je takde la rasa sakit. Rasa seperti hari hari biasa cuma pakai pad je.
Side lain yang cik rasa. kulit lembut sepanjang masa. Takde masalah tangan kering ke kasar ke. kulit muka pun stay moisture dan berseri. Percaya? tak caya? terpulang... so far cik maintain makan sebab jangka masa panjang sesuai tuk awet muda. :) (klu kurus mesti lagi nampak muda kann..haih kurus kurus kurus)
Jadi, kepada sesiapa yang masalah hormon ke, kulit menggerutu ke.. cuba EPO.. tapi makesure konsisten la.. apa benda yang kita buat pun kena sabar. kalau hari ni makan nak dapat kesan esok memang tak dapat la.
Ok bye
3 comments:
AKU PENGGUNA SETIA EPO SEJAK DULU ZAMAN ANAK DARA..SKRANG DAH KAWEN HORMON LAK MENGILA...
EPO itu apa?
EPO TU EVENING PRIMROSE OIL
Post a Comment