Wednesday, February 23, 2011

Perangai Tak Dan Dan

Minggu lepas cik beli henfon baru. Kalau tak kerana fon lama buat hal takde nye cik mengusha bagai nak rak. Huih canggih ea teknologi sekarang. Tercengang cengang tengok model fon. Harga pun cengang cengang jugak.

Cik ni lembs sikit bab bab gadget nie.Orang dah pakai touch screen cik masih ingin kan style lama. Last last pilihan cik Nokia jugak. Hmm takpela.. biaq pi la orang sibuk guna BlackBerry ke guna Iphone ke. Cik malas bukak buku manual. Janji boleh kol boleh mesej sudah. So stick to same brand cuma up sikit model. E72..

Perangai tak dan dan cik ni kalau beli barang tak sabar nak pakai lepas beli. Memang tak sempat sampai rumah lah. Kalau boleh setiap baju baru beli pun nak buat macam tu. tapi tak sume la. Haritu Jam polar. Kat Fitness Concept tu jugak cik pakai. Henfon pun. sambil jalan sambil tekan punat fon. Sifat ingin tahu benda baru sangat tinggi time tu. Sampai berlanggar bahu mamat bangla. cit, dia sound cik tau.. 'mata letak mana adik manes!' eh, sukahati aku la mata nak letak mana...kannnn, di akhiri dengan jelingan tajam cik. heh

Pernah jadi, dulu beli earphone Sony. Mahai tue. keluar je dari kedai cik bukak kotak dia. Jumpa tong sampah cik buang kotak dia. Sampai rumah tengok takde pun earphone tu. Rupanya cik terbuang sekali. Adoi, rugi woo.. beli mahai mahai. jumpa tong sampah buang semua. Sesaje je bayar kannn..

Ha, ada tu cik beli kasut. Dah bayar sume pastu terus sarung. Taknak kotak. Cik fikir watpe menyemakkan lagi rumah ngan sampah. Kasut tuk pakai bukan simpan. Dengan bangga cik keluar dari Sogo. Pastu tet tet tetttt... censor berbunyi.. Pak guard tahan konon cik tak bayar. Bahan bukti yilek. Lagi satu kelebihan cik, kalau beli barang resit cepat nak taruk tong sampah. Watpe serabut purse ngan kertas kann.. Pastu pak guard tu tarik cik pi counter. Nasib baik adik cashier tu cakap cik dah bayar. cek bukti pembelian sume lah.. Haih, selamat tau.

Kalau part membeli, cik tersangat lah juara. Sifat tak dan dan ni sangat bagus tuk surirumah yea. Barang dapur habis je mesti la la tu jugak mau gi beli. Bertuah lah bakal suami nanti.. huhu.. Jap, jangan sok nak kawen pun tak dan dan jugak dah la.. Tang ni memang cik yoyo o sikit.

Ahaks,!





2 comments:

Anonymous said...

hahaha perangai bengong mung nih.. ubah2 laa wei..aku pun ade jugak perangai gitu.. tapi x ahh seteruk tuh..

gelojoh betol!

-KuraKura-

AIN NAZRI said...

wakakakka.. giler gelak kamu nie cik xxx.. pe kejadahnya ko jadi lagu nie.. tapi x pelah... jgn nak carik calon suami pon tak dan dan udah laaa.. kang salah pilih plak