Friday, January 21, 2011

Bangga Mau Tinggi Bila Keje Gomen

Serius pelik bila sesetengah orang ni kagum sangat bila dapat keje dengan gomen.. Sesetengah okk. cik tak kata semua.

Berbeza sangat ke dengan swasta yang kau meninggi diri sangat. Ouh, kau rasa diri kau secure ea? oo yela... banyak masa tuk keluarga. keje gomen boleh wat keje loklehlokleh.. keje tak siap pun takpe. sape mau marah. kalau bos marah pun tuli telinga je la. Dia takkan pecat kau punye. Paling teruk pun ditukar ke kementerian lain. Dah masuk gomen sure takkan berhenti. Melainkan kau berhenti kerja dengan rela.. ea?

Berbeza sangat ke gaji tiap tiap bulan. Ouh, yela.. gaji kau lebih tinggi dari swasta ek. tambah elaun plus plus lagi.. cukup makan pakai semua. siap ada lebihan lagi masuk tabung haji. Pastu kalau buat loan kereta rumah tu dapat interest rendah. Yea la.. kereta mampu milik semua bukan kereta buatan Malaysia.. Mampu sangat kannn..

Berbeza sangat ke cara kerja dengan orang kerja swasta. Huih, cakap lebat yang keje dia lagi susah dari orang lain. Kesana kesini jumpa menteri. Nak orang pikir keje dia susah dari keje orang lain. Dah memang lah susah. 8 jam waktu bekerja 2 jam je kau buat keje dan yang lain bertangguh. lagi 6 jam kau boleh wat direct selling takpun buat ketupat kat ofis. ouh jangan lupa keluar makan 6 kali sehari. Tak sempat siapkan keje kann.. susahhh!

Berbeza sangat ke benefit (apa dalam bahasa melayu tah) yang kau dapat dengan swasta dapat. Yela,, bonus tiap kali PM umum. Belum masuk duit time raya lagi. Pastu masuk hospital free. Itupun rasa macam dihargai sangat dah.. Insurans takyah lah. Dah rasa secure kann.. mati katak tengah jalan SOCSO kan ada.. so, tak payah la rancang masa depan sangat. Ada ada la.. takpe pun takpe..just go with the flow kannn..

Berbeza sangat ke ketidakpuasan kau dengan orang kerja swasta. Tak cukup sound kat Boss. sound kat kerajaan pulak. Dengan harapan kerajaan bukak mata bagi kat kau itu ini. Yes banyaknya kelebihan yang kau dapat. dengan hanya bersuara.. keje tu belakang kira.

Tapi perlu di ingat. Tak kemana deh kebanggaan kau tu. Ce bukak mata bukak telinga kasi lebar sikit. Keluar dari tempurung hidup kau sekejap. yang kerja orang lain lagi hebat dari keje kau. Yang gaji orang lain lagi hebat dari gaji seciput kau. Kau kalau dok diam diam aku tak kesah sangat. Tapi ni siap kondem orang keje swasta. Dan yang aku perhatikan. Orang kerja swasta tu lagi mampu miliki segalanya dari kau yang reti bercakap je.. Kayalah kau dengan ayat-tak-mau-kalah tu..

aku caw dulu dengan orang camni. purak purak hebat jer!

~ Cik tak keje gomen melainkan belajar dulu sekolah gomen

bye

5 comments:

myoliza said...

cik, akak pun x keje gomen,..janji kita bekerja tetap, dan bukan tanam anggur,...yg penting rezeki itu berkah. ;D

noradzlina.kamdani said...

alahai..cik xxx mrh kt sape nih...
akk faham yg cik mrh tu..mmg ade betulnye sbb akk keje gomen

tp mcm cik ckp perenggan mula2 la..bkn semua...he he he...

mgkn mcm peribahasa org2 tua dlu..kerana nila setitik rosak susu sebelanga...
tp dlm setandan pisang xkan la sume abusuk ye x..

cool down eh...

Anonymous said...

dear,
marah kat sapa sebenarnya ni..
meh bagitau saya..

kita fire sama orang itu..


-anonimus- (diletak atas permintaan cik jua..)

Mimy Hamid said...

aku pun sekolah gomen jugakkkkkk

Anonymous said...

Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.