Thursday, June 3, 2010

Kes Gedoboh

'Dik, akak tengok dah macam baju pinjam.. jangan pakai lah baju ni. Gedoboh betul'

Ni akak ofis cik punya ayat. giler dia marah tengok cik masih lagi pakai baju kurung tu. Memang lasa loose tapi tak gedoboh. org tegur baru pasan. Baru sedar yang semua baju2 cik dah macam baju pinjam.Terutama kurung dan kemeja. 

Masa xxxL dan sebelum diet tak pikir belanjawan tuk baju baru. Bila dah mengecik sikit ni baru termengah2 kuar shopping baju. Gaji kecik weh. Sesak dada kuar note kasi cashier. Perasaan beli baju baru tak best ok. Bukan seronok membeli tapi terpaksa. Feeling dia sangat lain. Macam kes paksa rela la.

Sejak dua menjak ni selalu pulak cik balik kampung. pi Tukar baju kurung ngan along. Nasib badan along macam sama. Dia amek baju cik, Cik amek baju dia. Macam kes sistem barter ar. tapi hampir semua kurung cik semua baju dia. Huhu, nak kurung baru time raya ar. Along macam sponsorshipment cik. Tq Long.

Along semakin besar. Banyak baju dia tak muat sebab tang bawah  mengembang pastu tinggi skt dari cik.  jadi baju yang takleh pakai di rotate ke cik. Katanye, Org dah beranak pinak memang camtu. tambah lagi baru lepas bersalin. Tujuan? nak kata org dah kawen tak kesah gemuk ke! (*_'). Apa daa

Ni peringatan kepada yang sedang berdiet. Terutama sekali badan XXL dan ke atas. Anda yg sedang berdiet dan telah nampak hasilnya. bagus! sila teruskan. Tapi ada satu masalah yang anda mesti fikir. Perlu! Wajib! Kepada yang sesak macam cik ni. Sila menabung dari sekarang. Supaya boleh menikmati nikmatnye shopping baju baru. 

Cik tak dapat deh perasaan nih. nak bayar jeans RM51.90 pun terketar2 tangan.

* gedoboh = besar

4 comments:

NoVemBerLaDy said...

ileks cik xxx..
bila dah dpt capai pe yg diidamkan
baru shopping menyopping..
but mmg betol sila menabung dulu..!!
ekekeek good luck on ur diet..
jom jom kurus lagik..!!

Amy said...

alah cik xpe kang da kurus sket lg gi jek bukit bintang..sane baju lawa2 and murah2 jek. Jd skrg blh la start menabung kan..kut2 lg 1-2bulan agak2 cik da leh tukar ke saiz L ke L ke blh la membelanjakan diri ke bukit bintang..Best tau cik =)

Ok amy pon da start diet 1hb tuh tp masih lg nak terjun parit ekekeke..at least kalo ade join kwn2 diet cam ok n tercabar sket kan..Kita akan keep update yah.

cik xxx said...

petang ni nak gi bb. sape nak ikut?

myoliza said...

baju and seluar akak pun dah gedoboh,..dulu xl tu mcm nk semput,..klau seluar amik xxl,..huhu,..skang nk kena cari baju baru,...balik kg mak kata hodoh pakai blouse besar cm org pegnant lakk,..huhu