Tuesday, January 26, 2010

Air dicincang tak akan putus

Org bukan lah seorang anak yg baik. org juga ada je kesilapan yg org tak dapat maafkan diri sendiri. tapi org tak sampai hati menuding jari kat ayah mak di atas kesilapan itu. tapi kadang2 org berani melawan. maaf ayah mak.

Walau besarpun kesilapan yg dibuat, buruk baik ayah mak kite kena terima. Tapi...

Bagaimana cara kita menasihati kesilapan itu..org taknak dikatakan anak derhaka

mak ayah yg pantang ditegur, pantang dicuit, pantang dijentik..
bila hati mereka terusik pasti akan keluar perkataan anak tak kenang budi..

bukan itu niatku..
kenapa jiwa mereka terlalu sensitif..bukalah minda terima kritikan..
sesungguhnya, org ingin buktikan bahawa kita hanya manusia.pasti membuat kesilapan. walau mak ayah yg dulu makan garam.

Ya Allah, niatku beul ingin mengubah persepsi mereka. lembutkan hati mereka Ya Allah.sebelum terlambat.Aminn

Sunday, January 24, 2010

Nak balik ke tak

perang dunia meletus kat rumah..antara 2 beranak. ye darah daging org. begitulah jika 2 keluarga tinggal dibawah satu atap. tengah berfikir2 nak balik ke tak hari wilayah nanti. tapi tiket dah beli pergi balik.

malas dengar kedua2 belah pihak melepaskan ketidakpuasan hati kat org. org mendengar masalah mereka. habis masalah org sape nak dengar. pening pening.

ok, cuti panjang raya cina berkira2 untuk tidak balik. adakah mungkin berseorangan kat KL.

Tuesday, January 19, 2010

Bukan Hangat Hangat Tahi Ayam

sebelum ni org tak pernah bersukan langsung. tak pernah langsung. mimpi ngerikan?

Awal tahun lepas terniat sangat nak exercise. sebab apa? sebab angka kat penimbang menganjak ke tiga angka. TIGA angka ye. Org dah kecut perut. Tiada lagi rasa berada di zon selesa. Then, org exercise sikit2 kat rumah. berbekalkan usahasama dari kawan serumah, org berjaya buat sit up, lompat bintang, dan seangkatan dengannya. Pada masa sama juga org berusaha kontrol makan.

Lepas tu org dapat tau diet cara ini kena ada pemangkin skali. Pemangkin maksudnya benda sampingan yg membantu kita kurus. Diet cara biasa memang berat turun tapi tak byk. bersama kawan serumah yg juga melalui proses yg sama kami berlumba2 tuk mencapai impian ni. selang 3 bulan, org tak tahan cara diet ekstrim gini. so, bermulalah org makan balik nasi. coklat juga. Sebab org hantu coklat.

selang beberapa bulan, org buat keputusan nak cuba gim. dengan niat ada org pantau cara kita exercise dan nasihat apa yg patut. setelah mencari org dapat la satu ni. penuhi kriteria gim yg org nak. dekat ngn rumah, perempuan sahaja, dan ada instructor yg membantu. tapi malangnya hujung minggu gim ni tutup. Genap sebulan Memang turun berat tapi kurang memberangsangkan. Jadi org ambil keputusan tak mau lagi join gim tu. bukan sebab itu sahaja, tapi byk sebab lain kenapa gim tu tak perlu dijoin lagi.

Sehinggalah akhir tahun lepas, berbekalkan semangat dan azam yg tak berapa kuat ni. org berjaya turunkan berat sebanyak 15kg dalam masa setahun. Kiralah sendiri berat org skrg berapa. tapi tau tak kenapa diet org on off. sebab kadang2 asthma ni menganggu org. last time aktif berdiet, org dikejarkan ke hospital. org pengsan lepas tu org intubated kat ICU. fikirlah berapa ekstrimnya asthma org menganggu. bukan baru kali ni je org begini malah sejak sekolah menengah dulu sampailah dah bekerja skrg ni org dihantui masalah keluar masuk wad. Tapi takpe, org redha. mungkin Allah menguji org dengan cara begini. Alhamdulillah.

Lepas kejadian hujung tahun lepas tu, org dah tak aktif bersukan balik walaupun diet. kenapa? sebab Bila sesuatu menimpa diri kadang2 kita terlalu trauma tuk bangun kembali. Tapi sekarang org dah bangun dari mimpi ngeri dan org nak cuba balik gapai impian org tu.

Sekarang org adalah org baru yg sedia menempuh pelbagai ujian dan pengalaman yg membantu tuk kita terus maju ke hadapan.

sekarang org aktif mengikuti JM workout 30 Days Shred pula. Kredit terima kasih kepada Cik Einz blogger kita tu.
kata Jillian "all u have to do is only push urself" ~thats what i do Jillian

* Jillian Michael tu instructor popular The Biggest Loser. org lain cuba la workout dgn dia. dia okay..

Thursday, January 14, 2010

hai

Tiada lagu seindah irama, tiada kata seindah bahasa. Walaupun bahasa org bukanlah indah sangat. org tak pandai tulis tapi nak tulis juga.

Blog ni bertujuan membakar semangat dan melihat keberhasilan org mengecilkan saiz badan. kalau kurus dan pendam sorang2 tak trill, jadi org guna medium blog untuk menguji sejauh mana org boleh pergi.

okay, begini.. org dari kecil lagi membesar sebagai kanak2 yang sihat tubuh badan. sejak org guna inhaler pada umur 8tahun yang dihadiahkan oleh doktor. selera makan org membuak buak tak terkawal. makan makan makan tapi aktiviti fizikal kurang lalu berat naik dengan mendadaknya hingga sekarang. di tambah pula kadar metabolisme yg rendah dan hidup dalam tubuh badan berjantina perempuan. masa org kanak2 bawah 8tahun badan org slim ja. ya, sila salahkan doktor yg merawat. dia lah punca segala galanya.

Begini, org ada asthma a.k.a. semput juga lelah juga dikenali penat. sejak usia 2 tahun org main dalam baldi lalu kepala terbenam. mak sempat selamatkan org. berita sedihnya org dapat asthma. sehingga usia org 25 ini org bergantung menggunakan inhaler dan nebulizer dan keluar masuk hospital. org dah penat, org taknak mati sebab asthma. org nak mati kerana sakit tua je. boleh tak?. tanda2 untuk sembuh masih tidak kelihatan. ya, org dalam dilema. sila bantu. tapi jangan suruh org makan anak tikus.itu sudah terlampau.

sampai hari ni pelbagai usaha telah dijalankan untuk menyembuhkan astma dan mengecilkan badan. mahupun usaha sendiri atau usaha org lain. Tetap kurang berjaya. jadi di sini org nak usaha kaw kaw. yang penting konsten. kini bukan hangat hangat tahi ayam lagi.

Tujuan kuruskan badan untuk hilangkan asthma. ya, untuk kesihatan. tiada maksud tersembunyi. boleh,

* Org diatas membawa maksud 'saya, 'aku, 'i atau bermaksud sama waktu dengannya.