Sunday, November 20, 2011

Pendiam..ada percaya ka?

Holla korang..

Cik kembali.. di lebaran baru hari baik bulan baik ni.. (macam kan bulan bulan lain tak berapa nak baik kannn)...
Haish, cik rindu ah kat korang.. tapi rindu nak ngumpat pasal dunia sebenarnye.. heh

Cik kat kampung ni. Melawat anak along cik kat hospital. budak kecik tu demam tak baik baik. masuk hari ni da 8 hari tak keluar keluar wad lagi. Oh, dapat ku rasakan.. betapa peritnya dok lama lama kat hospital. kalau esok tak keluar jugak. Mau pengsan along dok bertapa kat situ. kalau kau peram lama boleh jadi keluar henfon samsung OMELET kat bontot.. ok semoga budak kecik tu cepat baik.

Ha, elok jugak anak along masuk wad. ada alasan cik amek EL jumaat lepas. Kau tau je la ofis kilang tu. takde alasan kukuh jangan harap dapat cuti. Ada sekali hari tu, cik nekad nak balik awal. Sharp kul 5 cik IM boss.  "Boss, my work done. can i back early today. 515?".. "is that urgent?".. oh! rasa nak korek je lubang hidung dia. Part kerja cik dah siap kau nak perap aku lama lama kat ofis apehal kann..boleh lagi tanya urgent ke tidak!?.. "Aah urgent, nak gi berak"..

Consider la sikit weh.. Hujung bulan balik lambat.. Awal bulan balik lambat. tengah bulan pun kau nak cekik masa aku?. itu tak masuk lagi staff lain MC, cuti, EL... Oh, sangat la terasa masaku dirogol dengan rakusnya sekarang ni. Tapi di sebalik ke-kilang-an ofis tu. Dia mengajar cik menjadi fast learner. Boleh dikatakan setiap core proses kat situ dah masuk kat memory kepala ni ha. Kerja 2 bulan macam rasa 22 tahun berkhidmat. Kau ada?

Kau lemah lembik tak payah la kerja situ. Ada je vacancy tu ha. tapi cik tak sarankan sahabat handai pergi situ. Sebab...kalau jenis jalan lenggang kangkung. lemah gemalai. enjin lambat start pagi pagi.. Ada kang salah proses. Ada kang orang singapore turun KL mengamuk ngamuk kang.. Serius, Cara bekerja haruslah macam orang singapore. Sangat particular and less error. kau nak rasa pengalaman kerja environment sebijik macam Jepun.. meh roger roger cik. Nanti hantar resume ea. Cik introduce korang. Mau?

Khamis lepas cik pi dinner company. Sangat lah over. Tajuk malam tu. Dinner & Dance Shanghai Jazz. Dan semangat la semua pakai cheongsam cheongfu bagai. Cik dapat top 3 best dress. Usah ditanya menang ke tidak.. tak pun... tersungkur atas stage masa catwalk lagi ada. Stage tak rata, heels 3 inci punya pasal buat malu jer. tapi ok what!..semontel montel cik macam Adibah Nor ni tercalon best cheongsam dress. bukan senang wo naik atas stage buang kemaluan show lemak lembik lembik kat penonton. Kau berani?

Bila tu masa AIM, cik pi sebagai penonton bidan terjun. tidak la menjadi anti sosial seperti digembar gemburkan sangat (nak sedapkan hati sendiri). Still hang out walaupun masaku dirogol oleh pihak tertentu. Memandangkan kawan cik ada tiket free dan semua sepupunya takmau pi. cik ikut tengok artis artis sekangkang kera. Sori to say. Kebanyakan artis baru sorang pun cik tak kenai. Paling baru pun cik rasa Shila Hamzah. itu pun kawan cik sound
 "dey, sappana. Shila hamzah kategori artis lama wokeh"..
 "ooo ey?!"
"tu ha, Neolofa tu ha yang baru.."
"oooo, dia nyanyi lagu apa?"
"ayoyoyo, dia tak nyanyi la. dia pelakon."
"then, buat pe dia kat sini. ini kan AIM.. MUZIK.. salah entry ke?"
Sori kepada kawanku. kau offer tiket pada orang yang salah. haktui... tapi dalam banyak banyak persembahan cik enjoy segmen lagu karaoke.. mengintai di tirai kamar... rahmat Mega... AXL's..Zamani.......fufufuhhh.. nah, ini baru jaman guwe... enjoy habis babe!

Cerita lain........Ada mamat kat ofis cik. Sejak kewujudan dia kat ofis tu. Cik teramat lah meminati raut wajah dia. Saling tak tumpah macam pelakon Nas_t. Korang bayangkan lah sendiri. tak kenai sila Google. ouh, sangatlah kemelayuan. Dengan hitam manisnya.. kesopanan dan sesusilaan.. auw, minatnyeeeee.

Sehari sebelum raYa haji haritu. Cik terserempak dia kat pantry.
" harap tak hujan lah arini.." -si dia..
"oo, aah. kalau hujan lagi lah jem yea. tak balik kampung ke?" _cIK (gaya gaya mengorek cerita)
"Balik, Jap lagi nak amek adik kat HKL. pastu kawan dia nak tumpang..So berempat la balik Pasir Mas malam ni"
"ooo, berempat?? sape sorang lagi?"
"haah. dengan isteri!"""

dalam hati cik... "WHATTTTTT!!!" kau da ada isteri ke...
Serius terperanjat. Macam Bintang bintang berguguran kat kaki. Mujur tak pengsan kat situ. Serius weh. Kalau korang tengok gaya dia, muka dia. korang mesti tak rasa dia dah kawen. Jalan pun tak betul lagi. jalan macam kasut ada spring.. Rupanya suami orang. Mujur cik tak amek keputusan tackle dia lebih lebih..

Sejak hari itu,. Bila dia pass by kat meja cik. rasa Gelihati. Sebab orang yang muka hensem jalan tak berapa betul pun da nikah. perempuan dah kaut. Yang tinggal hanyalah..........................kau sambung la sendiri..

loh, kul dua dah ke? ok ar.. korang.. babai.. hope cite cik kali ni tak buat korang muntah darah..

Mat malam..










Monday, November 7, 2011

Hai kawan kawan

Holla

eh, camne ek nak bagitau kat orang tu yang mulut dia berbau. Tuan mulut busuk ni tak tau ea dia ada nafas berbau?.. aish, kang beli listerine satu botol kang kata menghina pulak.asal nak cakap nak dekat2.. tengah kumpul strategi nak bagitau dia yang mulut dia busuk.. bley?

eh, lupa nak tanye. korang sihat ke?..

cik sihat alhamdulillah. cumanya sekarang hidup cik upside down sikit.bukan sikit la.. mungkin 180 darjah kot. tapi cik ok. cumanya. kawan sembang cik besenya hati cik je la. ko nak mengamuk ke ngutuk orang ke.. sorang2.bley?

ouw, nak bagitau. cik kat kampung. tunggu orang bagi daging sembelih je. nama nak beraya memang tak le. ada ke raya haji orang pi beraya weh? seumur hidup cik. raya haji orang sibuk dok sembelih lembu. keje cik kemas uma macam nak sambut raya puasa. cumanya, pagi raya pakai baju kurung. mekap cantik cantik. makan. dok depan tv. tido.. nah.... itu la rutin raya.. bley?

Apa jadi kat dunia maya weh..? still rancak macam dulu dulu ke? selain dengar good news orang buat anak, tambah anak, dapat anak, kenduri kawen, cite pasal laki.. ada tak gudnews baru yang cik taktau. Alahai, pe benda je cik terlepas. bese la.. orang dok hutan konkrit tapi tak bukak tenet gini la. serasa ketinggalan zaman lak. Jangankan cite artis, cite kawan kawan pun cik ketinggalan zaman. cite la korang pe news hot skrg?

eh, abby abadi ngan zul muka mamat melayu tu dah break up ek? alololo.. bagus lah.. ada can cik nak ngurat hero hensem tu.. eh? korang tak baca gosip minggu lepas ke? muehehehe.. (ke cite tu dah lapok)

Perkembangan terbaru cik. keje separuh nyawa. keje keje dan keje. lepas ni kalau tak kawin kawin jugak cik. boleh ah post moterm penyebabnya kerja meragut kebahagian. bley?

Serius babe, cik sekarang ni tak ingat hidup. keje cik segala galanya sekarang. tapi elok ah. tak de la cik mengangkang je pikir nasib tak sudah sudah. Bagus takde masa nak pikir tu semua. Ni pun ada masa update sebab cik balik kampung cuti 3 hari raya. pinjam netbook adik. nama cik nak beli laptop sendiri memang tak ah. tunggu la harga laptop cecah 500 nanti. baru rasa nak beli kot. kedekut tak? heh

eh, ok lah. xtau nak update apa since skill cik menulis pun dah tumpul. Rasa macam pelik pulak taip kat sini memandangkan cik rasa takde sape nak baca dah.

K la, take care jaga diri. kalau terserempak cik kat luar tu. say hi hi la ea. boleh kita borak sakan.. babai beybeh.. ingatlah daku dalam blog mu..


,muawh!