Wednesday, October 31, 2012

Kesah Baju Kurung bahagian 1

 holla..

semalam dalam lif nak naik ofis. timbul satu kesedaran sinis kat cik dan sebangsa dengan cik. ada 3 omputih masuk dengan bergaya pakai baju kurung.

omputih A - u know what. this is my coollest baju kurung that i have.

omputih B - really! its awesome. i cant imagine how comfort it was. after work u accompany buy one okay. pavillion got rite?

omputih C - diam sambil tersenyum.

omputih A - i also got kebaya. if u want to try. really sweet u know. wearing with kain batik. i need more for my collection for office wear. suitable for my cutting..

dalam kepala korang apa kita nak pikir. segan siut dengan orang luar. kita ni lagi selesa pakai seluar pi keje kot. konon ala ala korporat atau keparat. yang orang putih tu lagi memartabatkan baju kebangsaan kita.

bangsa kita ni pi keje ada sesetengah tu jangankan nak pakai punjabi suit atau cheongsam. baju kurung pun segan nak pakai. kalau ada baju kurung pun. kain terbelah menampakkan betis. retis nak seksi la konon. cik nampak gaya sundal bolong ada ler..

ada tu pulak.. mengaku ni rimas pakai baju kurung. beli riban riban tapi wat koleksi ape ke hay nye yop. sayang nak pakai sebab malas hantar dobi. kena dry cleaning u.. adoi. beli mahal hantar pergi dobi tak mampu ke cik kak.

ha tapi ada jugak pakai baju kurung sebab dah gemuk. dengan alasan ingin menutup segala lemak lembik lembik yang ada.. ooo time kau kurus lupa pulak yea pakai baju kurung. pakai sendat sendat nak terbeliak tetek kau tak kesah pulak yea?

macam kat ofis ni. kalau seminggu terakhir boleh pakai jeans dan tshirt. kira sempoi la nak dok ofis sampai malam. eh. memang dia tahan kau macam banduan pun kat sini. dia suruh kau mengadap pc jerk. bila time cik pakai baju kurung. saje je la nak tunjuk manis manis ayu kann. ada pulak mulut kata ' baiknyeee pakai baju kurung'. ehm menjadi kesalahan ker? motip kau nak perli perli? suka hati la aku nak pakai. badan aku kot.

jadilah wanita melayu yang tahu asal usil. tak malu pun pakai baju kurung. comel apa. jangan sampai dah tak nampak mana melayu mana cina mana omputih. tapi kaaau india boleh nampak lagi kot. melainkan kau memang mix mamak. eh?..heheee

to be continue....


Sunday, October 28, 2012

Guna Akal Jangan Kasi Otak Berulat

cik percaya masing masing punya ego sendiri. sama ada kau reveal ego tu atau ko simpan diam diam dalam hati agar orang sekeliling tak cop kau poyo. masyarakat kita ni suka manusia manusia bermulut cakap benda baik dan manis manis je. yang pahit atau realiti dipandang sepi. makanya manusia bermulut laser tapi betul dicop bermulut puaka.

cik mulut 50 50. adakala kita perlu speak up bila benda tu salah dan takde sorang pun nak tegakkan kebenaran. tapi adakala kena diam bila keadaan sebenarnye takde apa nak bisingkan. kalau bising bertambah serabut je keadaan tu.

Allah kurniakan kita akal. kalau akal tak reti nak guna. cantik camane pun boleh nampak berulat jugak.

ada sesetengah kawan yang kenal cik luar dalam cakap cik garang. ego. tak berperasaan. terima je lah. orang yang tengok kita kan. tak usah melatah. itu hanya pandangan. mungkin dalam beberapa situasi kita perlu berkeadaan begitu.

dalam setiap situasi kita perlu fikir rasional. kalau orang tu ada life tak perlu menyibuk life dia. dia dah cukup penuh jadual dengan kerja dan family. tak perlu susahkan dia dengan hal remeh temeh masalah kita.

kadang kadang orang tu terlebih mampu. tak perlu cuba cuba fitkan saiz kaki kita kat dalam kasut dia. memang tak akan muat. kalau dia shopping sakan. pakai cash. kau nak ikut rentak dia. tapi pakai kad kredit. itu bodoh namanya. shopping tapi berhutang. jangan jangan.

kadang kadang orang tu dah berpunya. bercinta sakan. kita doakan lah yang baik baik buat kawan kita. kalau dia ke ambang perkahwinan dengan orang yang kita sayang. doakanlah kebahagiaan dia sampai hujung nyawa. tak salah mendoakan kebahagiaan orang lain. tapiii kaaau kau di alam mode jeles. mula lah bawak mulut itu ini kat orang lain yang si polan bin sipolan tak sesuai la apa la. ini sudah melampau. kau tau tak wujudnya dah takde rezeki. dah takde jodoh. sila berfikir. kau ada akal untuk fikir semua tu. jangan nak mengada pakai bomoh bagai ea.

dulu kann. cik berkawan dengan semua orang. tapi dari hari ke sehari. nampak perbezaan diantara yang belajar tinggi dengan yang belajar setakat ado. bukan nak cakap orang ada degree ke atas ni hebat. takkk. cuma mereka diajar belajar dan pikir 5 kilometer ke depan. yang blajar setakat ado ni. pikir untuk 5 langkah kedepan.selebihnya. macam malas nak pikir. adoi. penat. kenapakah. tapi tak semua.

bila kita belajar erti kehidupan dari kesusahan. kita menikmati hari hari kita dengan kenikmatan. percayalah. hidup akan lebih mendewasakan kita. tapiii bila erti susah itu di ambil dengan kekesalan. kau tak akan belajar dan tak ke mana. bertempek la kau satu tahap sampai buat taik kat situ. serius. hidup ni perlu belajar. bukan belajar kat sekolah je.

kalau la manusia ni guna akal. dapat kawal nafsu. berita buang bayi. hidup melarat. kawin cerai berai. hidup saling membunuh takde dalam masyarakat kita. tapi sayang.... dah kita diajar kaut dan sumbat hanya dengan politik kotor. beginilah jadinya. kita diajar terima terima dan terima tanpa berusaha. kalau benda free tak dapat pegi mengadu.. maki dan mengadu modal insan zaman sekarang ni. benda nak majukan diri ni..say bye bye

Tuesday, October 23, 2012

Boss Ofis Kilang



masih memikirkan. kenapakah cik terperangkap disini.. fufufu.. working long hours. u know what. lastyear ada staff mati strok. tahun lepas jugak ada staff kena strok half badan due to high bp. stress punya pasal la nie.

memandangkan kat sini takde life. jadi cik mencreatekan life. semua boss ada gelaran. atas cik boss cina lelaki. cik gelarkan dia abang. abang ni baik. tiap kali bagi arahan. ayat klisye. ayat buku punya.mula mula puji melangit dulu lepas tu request keje tahap willingly kena buat. contah ayat,

thanks for coming back on saturday xxx. i know u dunhave problem wakeup in the morning. i bring u nasi lemak. can today u do ahleng work. he'son EL today...

seeee, pancing nasik lemak then suruh cover kerja orang.

atas abang, boss perempuan. ni ala ala hidup segan mati tak mahu pi ofis. dia la paling lambat datang paling awal balik. keje dia senang. pass keje kat orang. kalau salah dia blame kita sorang. very fussy person. dalam sehari tak terkira dia sebut perkataan TAK atau NOT. dan cik gelarkan dia MAK KETAM. Sebab. dia ajar anak buah tapi diri sendiri tak betul. pernah dengar peribahasa MAk ketam ajar anak berjalan? gitulah dia. good side dia ni. very soft spoken lady. tapi ngengada. contoh ayat dari dia,

due to ahmey farewell. lets go eat tony romas

ahmey mengidam tony romas? very high taste. tot we celeb in carls jr only.

carl jr. not nice. i mengidam that chicken tony romas.

seee, dia yang yoyo o nak makan sebenarnye. kalau nak farewell atau celeb kat kepsi atau mekdi. baik lupakan. sebab kita membawa mak ketam dan perutnya. tapi jangan harap si boss belanja. kami keluarkan duit masing masing.

atas mak ketam, boss prempuan jugak. usia menjangkau orang pencen tapiiii masih mahu mengeluarkan khidmatnya. baru celeb 55th years anniversary.. hari lahir ya. single and available. if u want success like her. abdikan diri seperti quota ini.


Hidup dan matiku di menara ini.

nenek. i admirer your kesabaran..

atas nenek, ada ceo. tiap kali datang hari sabtu. otomatik every staff pakai leisure wear. tshirt bodo beraama seluar pendek dan berselipar menjadi trend. ala ala lepas keje pi port dickson pun ada. tapi ini ceo. kemeja lengan panjang dan seluar pendek. what the f. u dunno how mean leisure meh.. then sejak hari itu cik gelarkan dia SUA PENDEK. Very ...... tak usah dipandang.

nanti nanti cik cite perihal staff2 ofis kilang.. this place was awesome..

Sunday, October 21, 2012

untitlee

bosan.

bosan..

bosan...

rasa hidup kat ofis lagi bernyawa. adakah tanda tanda workaholic atau cik tak punya life kat luar. gimme back my life. sape yang rogol life cik ni. adoi.... i need breath! fufufu
...


Thursday, October 18, 2012

Soalan Terkeluar Time Blind Date

Hot fm pagi ni cakap pasal blind date. fufufu...

cik fail tiap kali blind date. sebabbbbb samada cik tak bekenan dia atau dia aspect cik cantik.

yang paling takleh blah. awal awal lagi menunjukkan sikap sharing is caring. bayar makan asing asing. tengok wayang paid half half. balik asing asing. what!!!.. lelaki tahik hidung masin?

ada tu pulak spesis awal awal lagi tanya pakai kereta apa? beli rumah kat mana? keje sebagai apa? why, if i have all. u nak share dengan i ke?. its ok kalau dah kenal lama lelaki tu mungkin akan selesa bercwrita topik dalaman sebegitu. tapiii baru first time jumpa tanya soalan peribadi memang bagi perspektive negative la kann. nape tak tanya terus saving u ada berapa sekarang. kan senang.leh terus kawen yea.

ada tu pulak. bukak topik berat badan. u kalau kurangkan 20kilo sure cantik. esok jugak i masuk meminang u. what! apa jenis lawak ni. firstime date ok. if u nak tengok i cantik sentiasa. u kena terima lemak lembik lembik i sekali.

itu yang lelaki baru nak naik kot. ala ala bajet handsome kot. tapi ada jugak lelaki yang ok. jumpa tak semestinya buat girlfriend. buat kawan tak salah. talk talk dulu. take it easy and slow.

tak paham kenapa cik takdw calon suami lagi. mungkin salah satunya hidup tak balance. masa habis kat ofis. nak date camne lah kan. sedangkan family pun xpaham keje cik. inikan pula bf yea. jadi sesape nak keluar ngan cik. fahamilah saya..

ada sape sape sini nak kenalkan. marih bagi nombor tepon.

Saturday, October 6, 2012

Transport dan Kenangan

salam korang.
ketahuilah. ketika ini cik berada dalam perut lrt.

stesen seterusnya.. KLCC.. next station KLCC..

ya ampun.... freedomnya rasa. kepada yang menggunakan public transport. bersyukurlah yang korang beruntung. jimat masa tenaga uwang ringgit bila gunakan lrt. sebab nanti nanti bila pakai own transport korang akan sumpah seranah bila stuck in jam dan pemandunya adalah anda.

tiba tiba teringat zaman dulu kala. bila rasanya stress kat ofis je. on the way balik kerja kepala dah heaven... haaAaaaaa... saya punya driver sendiri. dia akan pick up saya setiap 5 minit. gila bestbalik rumah tepat pada masanya.

motip nak cakap, sebenarnye manusia tak pernah akan rasa puas. bila dah pass by hari semalam baru nak rasa bersyukur kenangan tu semua. terlambat ok terlambat.

jadi kita ni kena enjoy dan hargai hari ini sebab esok korang akan tersenyum bila anda dulu kala sangatlah enjoice.

ok lah. nak pegi tambah koleksi pakwe. almaklum la woman in hot. dalam ramai ramai sorang pun tak lekat lekat. babai.

korang nak kirim apa. roger cik k. apa? coffee bean? LV? Prada?... memang tak la. pi beli sendirik pih... babai...